BLOG INI TIDAK MENGAJAK ANDA BERSAMA , APA LAGI MENERIMA PANDANGAN YANG DIBERI , CUMA INGIN MEMBUKA MINDA ANDA KEPADA PANDANGAN ORANG LAIN . MUNGKIN IANYA BERSIFAT PERIBADI TETAPI TIADA UNSUR FITNAH DAN PERASAAN BENCI YANG DILONTARKAN . JADI " KAU FIKIR LAH SENDIRI "
Friday, May 11, 2012
TIDAK kiralah pecacai umngok nak kata , hari ini 11 mei ulang tahun ke 66 ke atau ulang tahun ke 28 partai kesayangan mereka itu kerana itu semua sudah tak penting lagi .
Yang penting sekarang ialah umngok merayakan birthday parti mereka ke atau mengadakan majlis bacaan yassin kerana sedang nazak dan menunggu hembusan nafas terakhir saja .
Kumpulkan puluhan malahan ratusan ribu umat manusia yang dikatakan melayu di bukit jalil dan sesakan lah jalan dan padang disitu tetap tidak sama dengan sokongan rakyat pada perhimpunan bersih baru-baru ini .
Biarpun nik aziz ada mengakui memberikan sadikit wang saku kepada rakyat negerinya yang bertolak dengan bas ke perhimpunan mega itu tetapi secara keseluruhannya , memang tidak ada yang menyediakan nasi bungkus , air kotak apa lagi wang saku yang mencecah ratusan ringgit .
Tetapi perhimpunan malam ini pastinya meriah kerana wang poket disediakan , makan yang melimpah ruah dihidangkan dan sahelai baju t setiap saorang akan dibekalkan manakala baju t bersih kena beli sendiri .
Setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas ke perhimpunan itu tidak termasuk sayap tidak rasmi mereka saperti ngo dan adik kesayangan kimma yang dah lupa asal usul dan mengaku melayu semata-mata kerana berjaya menyertai umngok yang dikatakan pasport untuk menjadi melayu yang sah disegi undang-undang .
Apa nak diherankan yang yang datang nanti sejuta orang , kerana itu masih kecil disebabkan keahlian umngok hampir 4 juta , sejuta datang ada 3 juta yang sedap-sedap duduk rumah menonton tv dan makan-makan dipasar malam .
Biarkan lah umngok merayakan dan meraikan saaat-saat terakhirnya dengan begitu gah sekali .
Salepas ini , Insya-Allah umngok akan menjadi pembangkang dan dimasa itu baru mereka tahu tinggi rendahnya langit ini .
Dan jika PR salepas itu 2X 5 juga saperti umngok , kita kuburkan PR dalam pru ke 14 akan datang , apa susah , peralihan kuasa dimana-mana negara didunia ini hatta di rusia yang berjiwa komunis pun secara mudah dan aman .
Tidak mungkin di negara ini yang terkenal sebagai negara paling aman , rakyat paling bersopan santun , politik yang paling baik dan pemimpin yang paling jujur akan berlaku kucar-kacir bila berlaku perubahan kepimpinan dalam pemerintahan .
Siapaa percaya omongan yang ianya akan berlaku kerana satelah pru ke 12 , tidak berlaku pun apa yang digembar gemburkan , semua nya baik-baik sahaja saperti perhimpunan bersih , yang aman tetapi menjadi kucar kacir apabila ada probok dari gulungan tertentu .
Sebenarnya yang probok itu lah yang mahukan tidak aman ....
PP - suka kepada suasana aman damai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment