Thursday, May 17, 2012

CIPUT JE ......


KATA durian runtuh tapi kenapa sikit sangat , kata orang Kopilah , ciput , dah tu bagi runcit-runcit pulak .

Durian kalau runtuh atau lebih tepat sekah , sekali gus , boook , terus dapat semua , ini terpaksa tunggu tiga bulan baru dapat .

Kan nyaya tu , sudah lah sikit sahaja durian yang runtuh kemudian tu runtuh pulak sikit-sikit lagi baik tak runtuh kerana jika gugur satu-satu , seumur hidup dapat merasa hasilnya , tapi tidak , lepas ni jangan harap lagi lah dapat merasa  duit durian tu , kerana semuanya dah runtuh .

Yang sokong dikatakan baik dan yang menentang di gelar haram jadah , apa punya mulut , senang-senang memaki orang sedangkan kalau orang lain yang memaki , heboh datu negara .

Imam-imam yang makan gaji dan berjawatan mulalah buat road show bagi penjelasan , bagi pemahaman dan bagi menambahkan garam pada luka yang diada-adakan , maklumlah makan gaji dan taraf pun sama dengan exco jadi kena buat kerja ikut yang bagi gaji lah , bukan ikut kitab .

Malu lol , kalau lebai besar dah tak tahu nak bezakan mana benar mana salah , mana jahil mana pandai dan mana yang jujur dan mana yang penipu .

Yang bagi duit , yang bagi pangkat , yang bagi kerja ialah yang baik, yang betul dan yang halal di sokong , yang lain haram sedangkan duit yang dibagi itu bukan duit mak bapak dia , duit negara .

Ni satu bila nak pru ni , dah muak tunggu , lambek bona nanti maleh lah den nak pangkah dacing , lambek bona nunggu eh , kalau nak undi tu , copek-copek kan lah .


PP - tak gitu paneh miang ,,, he,he

No comments: