Menyelenggara kereta tua terlalu mahal. Beli kereta baru!
Memandu kereta tua sangat mahal
harganya. Kereta tua walau bagaimana hebat pun jenamanya, ia tetap memakan
perbelanjaan penyaraannya yang tinggi jika dibandingkan kos penyelenggaraan
semasa kereta itu masih baru. Sesebuah kereta lama akan mengeluarkan asap hitam
dan akan tidak lagi ‘environmentally friendly’ kerana asap hitam itu akan
menjadikan alam sekeliling kita menjadi kotor dan ‘toxic’.
Itulah sebabnya kita menukar
kereta baru setelah kereta yang kita pandu itu sudah berumur banyak tahun. Jika
kita tukar kereta baru setidak-tidaknya setakat empat atau lima tahun ia tidak akan memberikan banyak
masalah kepada tuan punya kereta itu.
Lagi pula apabila kita masih
mengekalkan kereta lama itu ‘petrol comsumption’nya akan menjadi tinggi dan
terpaksa berbelanja lebih untuk minyak kereta tersebut. Penghawa dingin kereta
itu pun akan memakan belanja besar kerana terpaksa di ‘service’ dan ditukar
banyak alat ganti kepada penghawa dingin dan kereta itu keseluruhannya. Yang
membuat untung hanyalah mekanik-mekanik yang mengambil kesempatan diatas segala
masalah yang dihadapi oleh kereta itu.
Yang selalu kita lihat kereta
yang sudah terlalu lama itu akan dibeli oleh syarikat pemotong kereta untuk
menggunakan bahagian-bahagian kereta itu sebagai ‘spare parts’ terpakai.
Kereta-kereta lama ini selalunya tidak dibuang kesemuanya kerana masih ada
sedikit sebanyak bahagian bahagian yang boleh digunakan untuk alat ganti
terpakai oleh mekanik-mekanik untuk kegunaan mereka memperbaiki kereta-kereta
pelanggan mereka.
UMNO pun nampaknya begitu juga.
Dengarnya minggu hadapan UMNO akan merayakan ulang tahun ke 66. Bagaimana
mereka mengira pun kita tidak tahu kerana pada perkiraan saya, UMNO baru berusia 24 tahun sahaja. Tetapi
tidak mengapa. Katalah benar umurnya 66 tahun ia merupakan satu jangkamasa yang
sudah terlalu lama untuk diselenggara dengan mudah. Seperti kereta tua tadi,
dalam UMNO terlalu banyak alat-alat yang perlu diganti, malahan lebih banyak
yang perlu diganti dari yang dikekalkan.
Bagaimana tidak mahal belanja untuk
menyelenggara UMNO ini? Bayangkan untuk Najib berkempen beliau telah
membelanjakan hampir RM700 juta dalam tahun ini sahaja. Belum lagi untuk membayar
BRIM dan yang lain lain. Walaupun telah banyak dibelanjakan untuk menyelenggara
parti itu, macam kereta tua tadi asap hitam masih berkepul-kepul keluar. Perjalanannya masih tidak lancar.
Dalam pilihanraya nanti parti itu
akan menurunkan calon atau drebar kereta yang canggih yang bersedia untuk
memacu dengan tangkas dan laju. Tetapi bagaimana dengan kondisi UMNO itu
sendiri? Kalau calon sahaja yang ‘winnable’ tetapi partinya tidak ‘winnable’,
bagaimana hendak mencapai kejayaan?
Keadaan sudah begitu teruk dan
buruk sehinggakan UMNO itu sudah tidak diyakini lagi oleh ramai rakyat
khususnya orang Melayu. Sudah 66 tahun
umur BN ini, maka ramai di antara yang mendokong UMNO sudah mengambil keputusan
untuk menukar kepada kereta baru.
Kereta baru setidak-tidaknya
boleh berfungsi dengan penyelenggaraan yang murah selama 4 tahun dan tidak
memberikan banyak masalah. Kereta baru tidak akan memakan banyak petrol dan
akan memberikan kelebihan kepada kereta tua yang sentiasa memakan minyak hitam
dan terpaksa melakukan ‘top-up’ kepada minyak enjin tersebut. Mahal sangat
untuk menyelenggara kereta tua (BN) ini maka tidak hairan rakyat sudah mula
berfikir-fikir untuk menukarnya dengan kereta baru.
Sementara kereta tua masuk
bengkel untuk dilakukan ‘overhaul’ maka sementara ini kita pakai kereta baru
yang lain. Apabila kereta tua ini sudah di ’overhaul’ barulah boleh bersaing dijalan raya dengan kereta baru yang kita
pandu itu. Mengekalkan kereta tua sekarang ini memberikan kita banyak masalah
kerana setiap pagi kita tengok lantai ‘porch’ kita menjadi kotor kerana
kebocoran kepada enjinnya dan menitiskan minyak-minyak hitam ke atas lantai
‘porch’ kita itu.
Lagi pun elok kita mempunyai
kereta kedua supaya kita tidak memandu kereta tua ini dengan terlalu lasak
seperti yang dilakukan oleh kita selama ini. Kalau ada kereta baru yang lain
setidak-tidaknya boleh kita berikan kerehatan kepada kereta tua itu buat
sementara waktu ini.
No comments:
Post a Comment