Wednesday, January 4, 2012

ASPAN < PULANG LAH KELUBUK SEMULA

ASPAN Alias adalah saudara sepusat sepusing dengan KK walaupun bin agak berbeza tetapi PP tahu mereka bersaudara .

Kalau KK boleh mengaku dia orang Kopilah , tentu Aspan juga boleh berbuat begitu , kalau tak silap PP , Aspan orang Terentang dan menyemenda ke Seri Menanti .

Satu masa dulu , nama Aspan cukup gah terutamanya di Seri Menanti , saban tahun bila nak ada pru , nama Aspan muncul kerana hubungan Aspan dengan umngok cukup kukuh dan Aspan juga adalah orang kuat Kuli dan AJK umngok bahagian .

Masa itu Aspan cukup digilai baik oleh pemuda mahukan dikalangan rakan-rakan beliau tetapi satelah saban pru berlalu , nama Aspan kemudiannya malap ditambah lagi bila Ateh brahim naik disitu dan beliau memang tidak berapa gemar dengan Aspan , maka nama Aspan kembang kuncup .

Tetapi melalui blognya , beliau meluahkan sesuatu yang berguna kepada pemikiran politik dan PP rasa belum terlambat untuk Aspan memikirkan  kembali penduduk Kopilah yang telah ditinggalkan nya .

Tempat jatuh lagikan dikenang , apa lagi tempat bermanja , soal poknya sekarang bukan Aspan tetapi ialah ABU .


ABU yang mesti kita sokong , Aspan hanya menjadi pemudahcara aje , lepas itu nanti , boleh pilih yang lain dan PP memang sokong jika Apan berhasrat pulang kelubuk dan menyertai Dap , nanti boleh tubuhkan cabang DAP MELAYU dalam parti itu .

Pasti PP pun akan menyertainya kerana tidak ada satu ayat pun menghalang orang melayu menyertai Dap , apa umngok ingat dia Melayu sangat ke , banyak keturunan cina , india , siam , dan kaum-kaum di Sabah yang bukan Islam menyertai umngok.

Maka tohmahan bahawa Dap ialah parti perkauman cina tidak berjaya dan gagal terutamanya kepada pemikiran PP sendiri .


Untuk Aspan , walaupun tuan tidak boleh dianggap wira kerana mahu beralih araha tetapi setidak-tidaknya meninggalkan umngok sudah satu kejayaan kepada tuan .

Semoga Allah memberkati tuan .

Amin .....





PP - lepas Aspan , PP pulak

No comments: