Thursday, 5 January 2012
UMNO- Pelindung atau Pemusnah?
Berita
mengenai kami berdua masuk DAP mencetuskan reaksi yang di duga dari
penentang kami dalam dunia blog. Yang boleh di duga ialah isi serangan.
Serangan peribadi dan personal. Memperlekehkan perwatakan. Orang2
kecewa. Di bayar oleh DAP. Agaknya, ini cara UMNO menggalakkan orang
lompat? Bayar sana sini. Yang saya tahu itu dia cara Najib Razak
operates- pays his way through.
Dan seumpamanya. Jika benar, maka tidak perlu UMNO dan penyokong rasa cemas dan gusar. Mudahlah mengalahkan mereka berdua.
Kalau
Aspan bertanding di Seremban, semua menteri berasal dari Nogori
Sembilan akan hentam dia. Teruklah dia kena belasah. Saya pula, mana lah
terdaya menentang Ng Yen Yen di Raub- dia ada billboard yang berharga
RM 1.9 juta, ada website yang bernilai jutaan Ringgit juga. Dia menteri.
Dia boleh buat hebohan yang rapi lagi mantap. Lain lah kalau saya
bertanding di Triang. Tapi Leong Ngah Ngah has done a sterling job. Biar
dia disana.
Dua
orang tua ( muhyidin, Najib Razak dan ramai lagi pimpinan UMNO lebih
tua dan ganyut) tidak menjadikan kudis pada UMNO. Aspan pula tidak
hensem walaupun ada menteri UMNO kita pandang macam ada down-syndrome.
UMNO gagah dan perkasa walaupun pemimpin nya dari yang tertinggi ke yang
tidak tinggi semua korap dan rasuah. Bukan saya yang kata- Dr Mahathir
yang kata. Bukan saya kata- tapi Shahrizat yang kata. If I go down, the
other clowns go down with me. Mana pemimpin UMNO yang tidak ada masaalah
tanya Shahrizat?
Tidak
ada orang misalnya membahaskan apa yang mungkin tidak kena dengan UMNO.
UMNO maksum. Berjuang lah dari dalam. Yang bertanya ini ahli UMNO ke?
Tahu kah system dalam UMNO has been designed to self perpetuate bukan
self renew. Jangan percaya cakap pimpinan UMNO. Najib boleh bercakap
mengenai demokrasi penuh- orang lain boleh bergolak dan bertombak
berlembing asal kedudukan nya jangan di kacau!. Dan saya bercakap dari
pengalaman saya sendiri. Goga dan gegak gempita macam mana nun di bawah,
asal kedudukan nya tidak terancam, biar lah.
Ceritalah
misalnya, kenapa agenda Melayu yang di canangkan UMNO masih di takuk
lama dan tidak bergerak? UMNO suruh orang Melayu kaku dan jangan berubah
sedangkan berubah itulah punca kemajuan. UMNO tak ajar orang Melayu
jadi fit supaya mereka boleh survive. Malah yang di tanam dalam benak
orang Melayu ialah orang Melayu bergantung dan dependent pada UMNO. No
need to change. Just depend on UMNO.
This
is a stupid way to promote growth. Tapi cara demikianlah yang UMNO
suka- lagi di sembah lagi suka. Najib sendiri pun gaya nya aristokratik.
Dia suka kalau orang berduyun duyun menyambut nya di lapangan terbang,
berduyun duyun pula mengiringi kunjungan nya ke Pekan. Maklum sahaja
lah, setelah puluhan tahun balik ke Pekan, dia masih tidak tahu jalan
nya. Terpaksalah segala soldadu yang bersetia dan gegak gempita
mengiringi sebutir bintang dan intan payung singgah ke Pekan. mudah
mudahan dengan sentuhan majis nya, orang melayu Pekan akan bertukar
menjadi Melayu yang terbaik di Malaysia. Saya dengki ke dia di
perlakukan demikian? Who cares?
Agenda
yang serupa takkanlah lama sangat UMNO hendak mencapai nya? Mustahil
UMNO di pimpin oleh si bahlul dan tongong. Bahasa Melayu, agama Islam,
kedudukan orang Melayu, institusi Raja Melayu. Semua ini di lindungi
oleh undang undang dan perlembagaan Malaysia. Siapa yang mengancam nya
semua? UMNO kelentong orang Melayu mengapa? Kebenaran nya ialah, semua
perkara ini sudah di terima. UMNO sahaja yang mempermainkan isiu2 ini
demi menutup kebobrokan dan pembohongan keatas orang Melayu. Perkara
perkara ini tidak di ancam oleh PAS, PKR atau DAP.
Oh-
DAP. Itu parti Cina chauvinis. Anti Melayu. Anti Islam. Anti Raja
Melayu. Ini gelaran Dato pada lahabau Ariff Sabri- tarik balik. DAP pun
rakyat DYMM raja Melayu. Ariff Sabri pun rakyat setia pada DYMM Raja
Melayu. Jangan lah respond macam budak budak. Tak setuju, gesa tarik
balik gelaran. Ambiga derhaka! tarik balik gelaran. Panggil dato atau
tak panggil, doesn’t make any difference to me. Esok saya jaga dari
tidor, saya tahu ramai yang ada gelaran Dato tetap juga bodoh macam
dulu. Pendidikan yang saya ada, pengalaman saya, tetap berada dalam diri
saya, Dato atau tidak Dato.
Apa
agenda orang melayu yang patut? Agenda orang Melayu- (1) pemimpin yang
memimpin kerajaan terdiri dari yang terbaik. (2) Urustadbir yang baik.
(3) Menentang rasuah. (4)Memajukan ekonomi orang Melayu dengan model
ekonomi yang tulin. (5) kedaulatan undang2 atau rule of law.
Ini dia agenda Melayu dalam era baru. Bukan yang lapuk yang di mainkan sampai jemu kita mendengar nya.
Di
mana silap UMNO? Ekonomi orang Melayu? Model nya- selagi menyokong
UMNO, kedudukan ekonomi akan di perjuangkan. Masa depan politik
Melayu?-bergantung kepada UMNO. Bahasa Melayu dan Islam?- bergantung
kepada UMNO. Jelas disini, orang Melayu tidak dapat maju kehadapan
kerana kesemua nya bergantung kepada UMNO. UMNO simply doesn’t have a model for the advancement of orang Melayu. It has only one answer- just depend on UMNO.
Hasil
nya? Orang Melayu yang lemah mental tidak menyedari bahawa majority
penyelesaian dalam hidup ini bergantung kepada kesedaran diri sendiri.
Sebab itu, saya katakan sikap yang memusnahkan orang Melayu ialah- usah
di tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa kamu boleh
lakukan kepada UMNO. UMNO pelindung- orang Melayu di lindungi; UMNO
adalah wadah yang mesti di puja dan di taati. Nak senang- sokong UMNO.
Nak selamat? Sokong UMNO.
Kita ada jawapan lain.
No comments:
Post a Comment