Sunday, November 13, 2011

MOGA MASIN CAKAP MENTERI be end

KATA orang , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata , buruk padahnya .

Bila saorang menteri berkata , jika tidak setuju dengan ajensi kerajaan bermakna tidak setuju dengan kerajaan dan jika tidak setuju dengan kerajaan , tukarlah kerajaan masa pilihanraya .

PP rasa itu pandangan yang sangat ikhas dan jujur , elok benar penduduk Kg Baru KL mengambil daya usaha untuk membuktikan kebenaran kata-kata menteri itu saperti yang dilaporkan oleh MI .

Tapi jangan pulak nanti bila dah tak jadi kerajaan lagi macam di PP , Selangor , Perak , Kelantan dan Kedah , mula lah pulak buat perangai macam pemerintah lama .

Bukan nak akur dengan kerajaan pada masa itu , tapi buat hal untuk jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat , macam di Perak dan PP serta Selangor sekarang ini .

Kita tidak buta mata mahupun hati , percaya apa sahaja yang di lontarkan , kita pun ada akal untuk memikir , ada mata untuk melihat , ada telinga untuk mendengar dan ada hati dan perasaan untuk membuat penilaian .

Bak kata che det yang dah nak ruyup tu , dah lama dah , kita nak buat perubahan tapi kerana peluang belum ada terpaksalah pendamkan dalam hati .

Tunggu lah pru ke 13 nanti , Insya-Allah , cakap menteri yang tak menang dan berlagak sungguh itu akan menjadi kenyataan , biarlah kita tukar pemerintah saperti yang beliau mahukan .

Mungkin kita hanya mahu mengingatkan mereka agar bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan sebaliknya dengan bongkal mencabar rakyat supaya membuang mereka kalau tak setuju .

Kalau itu yang mereka mahu , itu lah yang akan mereka dapat .

Jangan salahkan rakyat  pulak bila cakap cabul tu menjadi kenyataan , petandanya dah ada cuma masanya aje belum sampai lagi , jangan jadi macam tok haji sorang tu , siang malam cakapnya tak di percayai orang .

Bila rakyat dah tak percaya , maknanya cakap si mulut cabul sudah MASIN .



PP - singkirka be end sahingga ke tahap sukar nak bernafas balek .

No comments: