Friday, November 11, 2011

KALAU SUDAH MADAL ...

BAGI orang Nogori , madal memberi makna tidak boleh berubah lagi , sudah tepu , sudah tidak boleh diubah-ubah dan sepatah kata Tok Ulong di negeri FM , rebus tak ompok , buek macam mana pun , macam tu juga .

Bagi lah nasihat , bagi lah pandangan , bagi lah hujah dan paling baik pun bagi lah peringatan dan apa-apa sahaja untuk mengubah sikap dan keperibadiannya , namun bukan sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri , tapi lansung tak masuk .

Buat kebaikan atau kebajikan pun kerana ada tujuan tertentu , ada maksud yang tersirat dan jika boleh dibuat pun , dibuat dengan sombongnya , dengan lagaknya dan namun untuk mengaku diri tu hamba , diri tu makhluk dan diri tu mempunyai penguasa yang Maha Tinggi , tetap tidak masuk kehati biarpun ketika berada ditempat yang makamnya tinggi .

Sebab itu lah apa sahaja yang dilakukan oleh orang dah madal ini , akan sentiasa di pertikaikan orang dan akan berlaku kesilapan disana sini .

Bila bercakap pun banyak salahnya tetapi jika tidak bercakap , lagi lah banyak salahnya .

Orang MADAL atau rebus tak empuk ini sebenarnya sudah tidak ada tempat lagi tetapi kerana dikelilingi oleh penasihat yang sama juga madalnya dan berharap sesuatu yang berupa habuan , maka madal ke tidak diterima juga sebagai pemimpin ulung .

Tinggal rakyat lagi belum berpeluang untuk memberikan nasihat mereka dalam pilihanraya kepada orang madal ini , tunggu aje lah .



PP - kalau dah madal , tak guna rebus , empuk dan buang aje .

No comments: