Tuesday, November 8, 2011
Panas: Keghairahan Provokasi Media, Jadi Punca Rakyat Mempersoalkan Ibadah Haji Yang Di Buat Oleh PM Najib Dan Rosmah Di Tanah Suci Mekah !
Mutakhir ini heboh diperkatakan tentang urusan haji yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) dan isterinya Rosmah Mansor. Sebelum ini telah mendedahkan, Najib telah menaja beratus-ratus pemimpin masyarakat seperti Pengerusi JKKK, Tok Empat dan Ketua UMNO bagi kawasan Parlimen Pekan
untuk tunaikan haji sedangkan ramai dikalangan mereka tidak berdaftar
pun sebenarnya. Akibat tindakan itu, ramai jemaah haji telah terkandas
untuk ke Tanah Suci, akibat kuota mereka telah "dicuri"
oleh orang-orang Najib. Malah, ada yang telah sekian lama menunggu bagi
menunaikan rukun Islam tersebut juga telah dinafikan hak mereka. Paling
menyedihkan Tabung Haji dengan
mudah mahu memulangkan wang mereka dan mahu digantikan dengan pakej
Umrah, sedangkan mereka sebenarnya mahu menunaikan ibadah haji. Hak
rakyat dinafikan dengan sewenang-wenangnya. Malah, kami juga ada
mendedahkan bahawa memang Najib akan menjadikan pemergian haji mereka
ini sebagai satu strategi untuk menancing undi rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan
datang. Mereka mahu media arus perdana menggunakan sepenuh tenaga untuk
melapor dan menayangkan gambar-gambar mereka ketika di Tanah Suci,
kononnya mereka yang selama ini "menolak hukum Allah iaitu Hudud" sudah insaf dan akan kembali ke pangkal jalan. Malah, kami turut bersama dengan pihak menegur tentang sikap Rosmah yang tidak mahu menutup aurat
ketika mahu bertolak untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah. Walau pun
ada yang marah dengan teguran tersebut, namunsebagai umat Islam kita
layak untuk menegur pemimpin dan tidak terikat untuk "mendiamkan diri"
hatta mereka mahu mengerjakan ibadah suci itu sekali pun. Teguran
bukanlah untuk memalukan, tetapi ia sebagai pengajaran kepada orang lain
agar tidak mengulangi perbuatan yang sama seperti mereka. Namun, ada
pula dikalangan umat Islam yang kecewa dan mengatakan ada pihak yang
cuba membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah, walhal mereka sendiri
yang cuba menimbulkan polemik dan kontroversi dalam hal ini sebenarnya.
Cuba lihat, kawalan amat ketat seolah-olah Najib dan Rosmah begitu "agong"
ketika mengadap Allah untuk mengerjakakan ibadah haji di Tanah Suci
Ini pula wajah seorang pemimpin besar Arab, Presiden Iran Ahmadinijed
memang dia juga dikawal, tapi apakah sehebat Najib Razak gamaknya
Kisah
Najib dan Rosmah tunaikan haji rupanya tidak berakhir di situ sahaja.
Ini mula terbongkar apabila memang benar media arus perdana setiap hari
memaparkan kerja haji yang dibuat oleh mereka. Malah, ramai dikalangan
rakyat Malaysia yang jemu dan meluat melihat sikap media ini sebenarnya.
Bagi mereka, cukuplah media melaporkan Perdana Menteri danisteri
menunaikan haji, tidak perlulah sampai "follow" mereka
setiap waktu hingga terbongkarlah banyak isu baru yang cukup hebat
diperkatakan oleh rakyat. Antaranya ialah sikap Najib dan Rosmah semasa
di Tanah Suci yang jelas sungguh mengejutkan. Mereka dikawal ketat oleh
pihak polis dan tentera Arab Saudi ketika mengerjaka haji, mengalahkan
lain-lain pemimpin besar dunia sebelum ini. Malah, mereka dikawal
puluhan pengawal (tentera) ketika tawaf di Kaabah serta mengerjakan
ibadah yang lain. Sikap yang ditunjukkan ini adalah "tidak masuk akal" sama sekali. Ini kerana, semasa di Masjidil Haram
(Tanah Suci) sepatutnya semua manusia insaf dan sedar akan betapa
hinanya mereka di sisi Allah. Langkah Najib mempergunakan segala
kemudahan (walau ia ditawarkan Kerajaan Arab Saudi), jela sekali
melambang sikap bongkak beliau sebagai pemimpin. Malah, dia lansung
tidak menginsafi dirinya yang memakai "ihram" bahawa manusia itu sama
taraf sahaja dihadapa Allah SWT. Dengan menggunakan puluhan pengawal
juga, ia telah menyebabkan Najib dianggap terlalu "agung"
dan tidak yakin dengan kekuasaan Allah hatta ketia berada di Tanah
Suci. Banyak gambar-gambar kontroversi beliau itu telah dipapar-paparkan
oleh banyak laman blog sebelum, ini. Masing-masing hairan dengan apa
yang terjadi. Malah mereka turut membangdingkan dengan lain-lain
pemimpin besar negara Islam yang turut mengerjakan haji ketika itu
seperti Presiden Iran, Ahmadenijad. Bayangkan, pemimpin terbabit sepatutnya dikawal ketat kerana dia amat dimusuhi oleh "polis dunia"
iaitu Amerika Syarikat. Tetapi kawalan terhadap beliau tidaklah sehebat
Najib, yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika. Maka, kenapa Najib
terlalu takut ketika di Tanah Suci. Bukankah beliau mengerjakan ibadah
yang menjadi Rukun Islam itu sebenarnya. Inilah yang mengelirukan rakyat
apabila media terlalu mendewa-dewakan Najib dan Rosmah ketika mereka
melakukan ibadah tersebut. Jelas terlihat betapa "sombong dan bongkak" seorang makhluk Allah yang bernama Najib Razak ketika mengadap penciptaNya.
Gmbar yg penuh kontroversi menunjukkan pengawal dan tali "no crossing"
merentangi keliling kawasan Najib dan Rosmah beribadah dalam masjid
TPM Muhyiddin tersenyum kala Najib berduka semasa doa selamat untuk
mereka berlepas ke tanah suci, cuba tengok "aurat" Rosmah Mansor itu
Terbaru,
paling menakjubkan kawalan yang begitu ketat bukan saja diberikan
kepada Najib dan Rosmah ketika mereka tawaf atau bergerak (berjalan)
sewaktu menunaikan haji, malah ia turut melibatkan mereka ketika
beribadah di dalam masjid (Nabi) sekali pun. Bayangkan, pihak tentera
Arab Saudi telah menggunakan tali "no crossing"
untuk menghalang orang ramai berada dalam kawasan mereka beribadah.
Tidak cukup dengan itu, kawalan keselamatan oleh pengawal juga turut
disediakan kepada mereka. Bukankah, ini sesuatu yang tidak pernah kita
saksikan selama ini. Tidak munasabah dan masuk dek akal bila mana
seorang "makhluk Allah" boleh
mendapat kemudahan sehebat itu ketika beribadah di dalam masjid yang
terletak di Tanah Suci. Soalnya sekarang, apa yang ditakutkan oleh Najib
Razak dan Rosmah Mansor agaknya?. Langkah menggunakan pengawal sebegitu
rupa di dalam masjid jelas menunjukkan mereka begitu "riak, takabur dan bongkak" iaitu salah satu sifat tercela dalam Islam. Malah,
pasti jemaah lain akan terkejut melihat kelibat mereka pada waktu itu.
Apakah ini ciri-ciri umat Islam yang tawaduk dan tunduk kepada Allah?.
Maka, apakah kita sebagai rakyat tidak boleh mempertikaikan kerja haji
yang dilalukan oleh mereka jika ini caranya. Bukanlah maksud rakyat
untuk menghukum mereka sebenarnya. Namun, jika ini yang mereka saksikan
maka jelaslah mereka yang sengaja membuka jalan untuk orang lain membuat
teguran. Apakah menjadi kesalahan untuk kita menegur jika melihat
kesilapan dan kesalahan dilakukan oleh pemimpin kita agaknya. Malah, ada
yang berkata bukan pasal dengki apabila melihat Najib mendapat layanan “istimewa”,
seperti yang didakwa oleh pihak pro-UMNO. Mengerjakan ibadat haji
sepatutnya tidak dibezakan melalui darjat dan taraf seseorang manusia
itu di sisi Allah.
Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji Perdana Menteri
Akibat beberapa tindakan dan sikap media yang terlalu ghairah untuk mempromosikan kerja haji yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah, maka akhirnya perkara ini ditegur sendiri oleh seorang yang bertaraf "Mufti" pula. Terkini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. “Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataannya. Sebelum ini, dilaporkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Najib ialah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Zambry Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. “Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. “Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” kata Dr.Juanda lagi.
[Ramai yang mempersoalkan perkara ini, namun segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah, kenapa harus membiarkan media begitu taksub membuat promosi haji Perdana Menteri dan isterinya itu?. Bayangkan, jika sesorang itu melakukan ibadah solat tidak ikhlas dan menunjuk-nunjukkan itu pun sudah tidak diterima oleh Allah. Maka, apakah tindakan media membuat laporan lengkap setiap pergerakaan mereka juga itu boleh dikira "menunjuk-nunjuk"?. Bukankah lebih afdal jika perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan awam. Media sepatutnya hanya melaporka tentang Perdana Menteri dan isteri membuat kerja haji sahaja. Tidak perlu sampai mengikuti setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka. Biarlah Allah yang menilai segalanya. Tindakan media ini jelas sekali telah memalukan Najib dan Rosmah sebenarnya. Media seolah-olah cuba membuat provokasi melampau terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Akhirnya terserlahlah begitu banyak persoalan yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Apapun, kita harapkan agar kedua-dua pemimpin ikhlas dan akan berubah selepas pulang dari Tanah Suci nanti. Semoga Rosmah akan menutup aurat dan lebih tawaduk lagi selepas ini hendaknya. Allah jua yang lebih mengetahui. Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah. Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak dan takabur. Maka jadikanlah iktibar apa yang telah berlaku ini].
Cuba lihat, kawalan amat ketat seolah-olah Najib dan Rosmah begitu "agong"
ketika mengadap Allah untuk mengerjakakan ibadah haji di Tanah Suci
Ini pula wajah seorang pemimpin besar Arab, Presiden Iran Ahmadinijed
memang dia juga dikawal, tapi apakah sehebat Najib Razak gamaknya
Gmbar yg penuh kontroversi menunjukkan pengawal dan tali "no crossing"
merentangi keliling kawasan Najib dan Rosmah beribadah dalam masjid
TPM Muhyiddin tersenyum kala Najib berduka semasa doa selamat untuk
mereka berlepas ke tanah suci, cuba tengok "aurat" Rosmah Mansor itu
Mufti Perlis Persoal Ibadah Haji Perdana Menteri
Akibat beberapa tindakan dan sikap media yang terlalu ghairah untuk mempromosikan kerja haji yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah, maka akhirnya perkara ini ditegur sendiri oleh seorang yang bertaraf "Mufti" pula. Terkini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (foto) melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. “Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataannya. Sebelum ini, dilaporkan Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Najib ialah ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Zambry Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. “Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. “Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” kata Dr.Juanda lagi.
[Ramai yang mempersoalkan perkara ini, namun segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Persoalannya yang timbul sekarang ialah, kenapa harus membiarkan media begitu taksub membuat promosi haji Perdana Menteri dan isterinya itu?. Bayangkan, jika sesorang itu melakukan ibadah solat tidak ikhlas dan menunjuk-nunjukkan itu pun sudah tidak diterima oleh Allah. Maka, apakah tindakan media membuat laporan lengkap setiap pergerakaan mereka juga itu boleh dikira "menunjuk-nunjuk"?. Bukankah lebih afdal jika perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan awam. Media sepatutnya hanya melaporka tentang Perdana Menteri dan isteri membuat kerja haji sahaja. Tidak perlu sampai mengikuti setiap ibadah yang dilakukan oleh mereka. Biarlah Allah yang menilai segalanya. Tindakan media ini jelas sekali telah memalukan Najib dan Rosmah sebenarnya. Media seolah-olah cuba membuat provokasi melampau terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Akhirnya terserlahlah begitu banyak persoalan yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. Apapun, kita harapkan agar kedua-dua pemimpin ikhlas dan akan berubah selepas pulang dari Tanah Suci nanti. Semoga Rosmah akan menutup aurat dan lebih tawaduk lagi selepas ini hendaknya. Allah jua yang lebih mengetahui. Niat menunaikan haji mesti ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah. Keikhlasan tunai ibadat perlu bermula dari rumah, tidak boleh riak dan takabur. Maka jadikanlah iktibar apa yang telah berlaku ini].
14 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
-
kalau tak abis rukun boleh romen dgn isteri tak? maaf bertanya sbb tak paham pasal ttg haji ni...
-
depa ni nak pi buat haji ka atau berlakon untuk digembar-gemburkan
gambarnya seantero dunia. nampak sangat macam benda pelik, padahal orang
berhaji tu setiap tahun, apa tujuan berhaji pun tentu orang dah tahu,
kalau nak megah-megah, maka hikmah dari haji itu belum difahami dengan
sempurna.
-
apa peranan jamil khir johari..penasihat agama negara tu...hehehe
-
kat padang masyhar nanti mcm tu keee...
-
Pemimpin kita yg pandai sangat dalam hukum agama, biarkan dia terjun dengan labu2 nya....... Umnoporno,
Biar Allah menentukan haji mereka jangan kita jadi umnoporno ... Baik jahat, halal haram syurga neraka bukan kerja kita utk komen....
-
"Sudah Terang Lagi Bersuluh". Kini rakyat baru nampak bagaimana pemimpin
UMNO begitu rakus dalam mengejar dan menunjuk-nunjuk kehebatan dan
kekuasaan mereka. Kalau pergi haji, cikgu kat sekolah kata untuk melatih
kesamarataan manusia di sisi Allah, merendah diri dan insaf kesusahan
rakyat terbanyak...tapi lihatlah Najib tu. Di dalam negara pemimpin UMNO
menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan, kat depan tuhan pun berlagak
hebat juga... Kalau Presiden Ahmadinejad di mana Iran yang merupakan
pengeluar Minyak terbesar di dunia boleh merendah diri,kenapa sifat
mulia ini langsung tiada pada pemimpin UMNO?
-
Pokcik ni memang penyokong kuat umno sejak zaman sebelum merdeka, tapi
bila tengok Tok Jib menunjuk-nunjuk di Mekah, ternyata dia bukan
pemimpin yang baik. Sifat takbur, riak dan ujud masih belum Tok Jib
hayati. Maaf, buat pertama kalinya Pak Aji tak akan mengundi lagi
UMNO-BN. Syukur sebelum menghembuskan nafas terakhir ini, Allah beri
petunjuk pada Pok Aji...Amin.
-
Udah2lah pok aji...pok aji pun sama ikut nak fitnah!..len kali pok aji
jgn tgok blog bangkai mcm PDO..len kalo tgok2 sikit blog org
laen...!kalo pok aji nak tau...kawalan keatas Najib atas kapasiti sbgai
ketua negara,statement dari kerajaan Arab saudi pun dah kuarkan...kalo
pok aji nak tau..pic presiden Iran tu dah dah dicrop circle...sebenarnya
ada pak guard yg menjaga beliau...ni kalo x silap aku siPDO bangang bi
cilok dari milo suam...yg aw..aw tue...
Berkenaan kalo Rosmah x tutup aurat tu mmg la x kena..sbb dia isteri Pemimpin Islam...aku pun x suka...!tetapi aku lagi x suka jika ada org menggunkan jubah,berjanggot dan guna fatwa songsang utk kegejolohan perot anak bini dan kroni...kata org rasuah tetapi diri sendiri rausah,tanah org asli pun disapu...bahkan rakyat kena tggu air bersih dlm 16tahun lagi....jika benar diri tu tawaduk..kenapa kelantan jadi HUB HIV NO1??...dimana pemimpin PASial yg kononya akan masuk sorga. negerinya cukup hebat dgn Aids dan perlakuan sundal...bagaimana dgn pemimpinya yg berkhalwat dgn janda org??....xpayah la dok citer org tu dapat haji mabrur atau x?....ini semua kerja Allah......yg pentin suruh sinuar peliwat mai dtg buat haji...suruh la dia bertaubat....jgn la dok guna blogger guna pic superimposed kononya dah pegi Haji...org x bodoh la...yg bodoh berok2 macm PDO dan bangkai2nya....
Guna Pic,Pic saiful pulak tu....hai..ada apa2 ke??...
-
lagi satu wa nak cakap..kat berok2 bodoh mcm PDO....mufti perlis dah
hangin sbb statement dia dah diputaqbelit....oleh media
pembangkang....kalo lu x caya lu cek balik la.....
PDO kalo sehari x memfitnah bukan kerja dia la tu...hari2 dok fitnah...lu kerja fitnah ni boleh buat lu kenyang ke PDO....!ooopppp sory...Mat sabun dah bagi green ligt pada bloger2 berok mcm PDO supaya sebarkan berita fitnah...as long dapat kredit....
-
Sdr hitch...bahasa menunjukkan bangsa...kalau mcm tu lah bahasa
sdr...dah cukup utk gambarkan bagaimana hati sdr...sy rasa x pyh nak
buang masa beri nasihat org mcm sdr ni...sebab hati dah gelap...
-
Mmg bahasa menunjukan bangsa...!tetapi bangsa apa yg dok maki bangsa
sendiri,bangsa apa yg x bersyukur atas kejadian sendiri...malah ada
bangsa yg x mengaku bangsa itu sendiri....
Wa nak tnya lu...itu bangsa apa tue??..
-
suks gua lah lu ape peduli......lu pikirlah sedili....
-
hitch, awat hang celupar sangat.
-
najib haji ekspress..hahahaaaa
1 comment:
cakap pasal ummah tpi gaya penampilan berasingan dgn penyatuan ummah,nak mengerjakan haji buatlah seperti jemaah lain,barulah ada sifat2 keserdahanaan ke arah kesatuan ummah.Tak do la den nak memangkah BN dah
Post a Comment