TINDAKAN yang SALAH bila UIA bermain silap mata dengan anak muda .
Bila anak muda mula turun padang dan menyepak bola , mereka tidak akan berhenti sahinggalah menjaringkan gol dan menang , tidak kira hujan atau panas , mereka tetap akan bermain dan bermain dengan satu matlamat iaitu mencapai kemenangan .
Contoh nyata beberapa bulan lalu bila anak muda yang bermain dengan fb berjaya menumbangkan sebuah pemerintahan yang begitu kuat dan kukuh di mana akhirnya pemerintah itu gugur menyembah bumi .
Sepatutnya senerio itu menjadi rujukan dan teladan supaya tidak berulang , tetapi nampaknya kerana kepekaan yang tidak sensitif , gejala ini dipandang remeh dan tidak diambil pusing sedangkan akibat daripadanya amat teruk sekali .
Di Kopilah contohnya nyata , jika tidak ada anak muda yang berdiri di belakang mail semasa bertanding dengan abu zahar ujang , dapatkah abu zahar ujang ditewaskan tetapi kerana mail bermain dengan emosi pemuda yang ditinggalkannya , maka mail berjaya duduk dikerusi ketua bahagian dengan hanya sekali henyak terus menang .
Samad ibrahim tidak mungkin menjadi exco , apa lagi wakil rakyat jika tidak pada masa itu samad adalah ketua pemuda Kopilah , atas jawatan itu beliau dilantik mengisi kauta pemuda yang di kosongkan jamlus lalu mengisi kekosongan jawatan exco .
Hebat orang muda dan lebih hebat lagi apabila orang muda sudah mula menyokong orang separuh usia macam AAB ( Abdul Aziz Bari ) tak sah bila AAB berkata , beliau terasa muda kembali .
Jika pihak yang berkepentingan mengangggap bahawa desakan smm itu sebagai satu main-main , mereka sebenarnya silap kerana sokongan pasti akan diterjemahkan kepada undi dalam pru akan datang , siapa yang untung dan siapa yang rugi dalam soal ini .
Tidak ada gunanya menang diperingkat awal tetapi kalah dipenghujungnya saperti permainan bola sepak , isu menjaringkan gol awal tidak lagi diambil kira semasa wisel penamat apabila jaringan gol mengesahkan kita kalah jawapannya dan selama-lamanya jaapannya ialah KALAH .
Soekarno pernah berkata , berikan aku 10 anak muda , akan ku goncang dunia ini tetapi kalau diberikan 10 anak tua macam umngok , akan tenggelam di telan tanah lah nampaknya .
Kali ini anak muda banyak di bandar tetapi akhirnya akan pulang dan mengundi di kampung masing-masing pru ke 12 lalu , PP dapat lihat anak muda menjadi penentu undi apabila mereka ini mempengaruhi pemikiran tua supaya mengundi parti yang bukan be end , yang akhirnya be end terus hampir end .
Fikirkan untung rugi dalam jangka panjang tetapi jangan lupa untung rugi yang diperolihi dalam waktu dua tiga bulan ini , jika untung ok , tetapi jika rugi , gulong tikar dan balik kampong , tanam jagung lah .
PP - dah lama tanah jagung cuma kali ini nak tanam padi pula .
No comments:
Post a Comment