Sunday, October 16, 2011

SAKMANGKOL AK47 PUN TAHU KISAH POLITIK KEK KOPILAH

Ismail Lasim, ketua bahagian Pilah- semua orang tahu dia penghulu kontraktor klas F. sebab itu dia tidak banyak bunyi. Tidak banyak kualiti kepimpinan baik yang kita boleh cungkil dari Ismail Lasim.
Jika ketua bahagian Pilah tidak ada seri untuk jadi MB Negeri Sembilan masakan MP nya, Hassan Malik mau di tabalkan sebagai MB? Jika dia buat mesyuarat atau majlis, kesemua ADUN di dalam kawasan parlimen nya akan boycott dia. Mana dia ada chance nak jadi MB?

Di atas adalah tulisan Dato Arif Sabri dalam blognya Sakmangkol AK 47 , beliau adalah ahli umngok , bekas wakil rakyat di  Pekan Pahang dan menulis di blog dengan tulisan yang bukan sahaja pedas , masin , masam dan tidak kurang sinisnya tetapi yang lebih penting , tulisannya jujur .
Jika beliau memuji umngok , itu pujian yang ikhlas dan jika beliau mengejinya , itu kerana umngok sememangnya melakukan kekejian yang disebutkan itu .
Biasanya hayat politik pemimpin sebegini memang tak panjang , tak siapa dalam umngok yang bersedia untuk bercakap benar dan jujur kerana mereka yang bersifat begitu kerana kejujuran akan menenggelamkan mereka dilautan yang luas sahingga mereka tidak mampu bernafas lagi .
Tetapi sekiranya mereka termasuk dalam kem yang pandai berpura-pura , bersikap munafik , menipu dan membolot kekayaan , membina kroni , membelanjakan harta rakyat mecam harta mak bapak dia dan berlagak baik , alim serta penyayang , mereka itu akan  sentiasa ada tempat dalam umngok .
Macam di Kopilah , apa yang am dan muhi tak buat dan tak dapek lai , lesen teksi , permit lori , kuari , projek  , tanah kerajaan , jawatan politik untuk anak beranak dan sebagainya , tetapi am dan muhi tetap berada dalam susur galur politik umngok Kopilah kerana orang macam ini di perlukan semasa pilihanraya dan juga semasa umngok membuat pemilihan kepimpinan di bahagian .
PP terfikir , betapa sempitnya dunia ini , pemimpin di Pekan , Pahang yang terletak ratusan kilometer nampak apa yang berlaku di Kopilah , masakan PP yang berada disini , tak boleh pulak bukak mata .
Ketua dan timbalan umngok bahagian ini memang sejak dulu ada perang dingin , persengketaan reda semata-mata kerana masing-masing nak jaga kerusi mereka aje , itu pun orang Kopilah buto , tak dapek tengok .
Lepas Asan dilantik pengerusi BN Kopilah , mail mula kecut perut , takut kalau asan tak bawak nama dio ke peringkat perhubungan negeri dan mail diberitakan tidak hadir semasa mesyuarat BN , wong tonyok , wakil dari gerakan Kopilah boleh mengesahkan bahawa mail , anan , razi dan termasuk aaruah sulan , jangankan nak hadir , jenguk sekejap mesyuarat be end Kopilah pun tak hendak .
Masa jamuan hari raya di mini stadium lalu , mail ada datang tapi kojap yo kerana diberitakan sibuk dengan perkara lain , lepas undang balik , terus angkat kaki .
Kepada Sakmangkol AK 47 , kalau boleh buatlaah satu ulasan panjang yang adil tentang politik Kopilah , bukan PP tak boleh tetapi tulisan Sakmangkol , lebih mampu untuk mencuri perhatian pemerhati politik .
Aspan sahaja tak cukup dan setakat ini tak ramai yang mengulas isu politik kek Kopilah ini ada lah sorang duo macam KK tetapi KK ini tulisan boleh dibaca tetapi tidak boleh dipakai .
PP - abang achin lebih jujur berbanding Mail

No comments: