PP nak ucapkan taziah kepada keluarga aruah Dr Lo'lo' atas pemergian Dr Lo'lo' ke rahmatullah baru-baru ini , moga Allah cucuri rahmat ketas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman . Amin .
Tersentuh hati PP membaca surat Dr MAZI tentang Dr Lo'lo' dan kita kehilangan sebutir permata yang amat indah , melebihi nilai permata yang dibawa masuk tanpa cukai tu .
Usaha PR untuk menawan sekurang-kurangnya satu kerusi di Kopilah telah digerakkan , sadikit masa lalu DSAI dah datang ke Seri Pilah dalam dun Pilah , dan sekarang sebuah dataran yang diberi nama Dataran Ikhwan telah diwujudkan di Air Mawang dalam dun Johol .
Nampak gayanya , umPORno terpaksa bekerja keras kali ini , jangan berlagak hebat nanti putih biji mata kerana dalam sejarah , jerat tidak pernah melupakan pelanduk dan mempertahankan kerusi sedia ada lebih sukar dari merebut kerusi .
Di Johol , kabarnya wakil rakyat Seri Menanti yang mengambil alih tugas , banyak mana lah yang terdaya dibueknya sedangkan dalam dun Seri Menanti pun , kebanyakanya hanya tertumpu di dewan Kg Gemetir sahaja .
Tempat lain sekali sekali sekala , itu pun jarang kerana yang penting Gemetir kerana itu kampung yb dan mesti didahulukan , dewan itu pun sebelah kubur cina , apa maknanya tak tahulah mungkin boleh dianggap semakin dekat dengan kubur .
Kita tidak boleh marah wakil rakyat yang ada kerana kabarnya sakit tapi kan ke elok kalau dia letak aje jawatan tu semasa masih boleh dihgantikan dengan muka lain , kalau sekarang , mampus pun spr tak akan buat prk kerana sudah tidak wajib lagi , macam tempat Dr Lo'lo' , tinggal kosong sahingga pru akan datang .
Orang Johol dah jadi macam anak ayam kehilangan ibu , ada wakil pun macam tak ada , nak mengadu buat apa kerana tak sampai kemana aduan yang dibuat , lagi baik mengadu kat Samat , dapat juga jumpa exco tapi Samat pun setakat ambil tugas aje , peruntukan kabarnya tak ada untuk kawasan Johol .
Entah lah , banyak benar cerita kurang enak yang PP dengar , tunggu masa pru nanti tahulah jawapannya tapi kat Pilah pulak lain ceritanya , kawasan tu berhantu , pengundi cina dari dulu hendakkan calun mereka bertanding disitu , tetapi umPORno okap , semua kerusi habis disapunya , satu pun tak bagi pada rakan mca dan mic , melopong aje lah .
Manggalam tenggelam dalam mimpi nak jadi yb sementara Gan dapat juga jadi senator , lepas tu , hancus , sekadar untuk dapatkan pencen aje .
Jangan lupa selain dua kawasan tu , juasseh dengan senaling pun boleh merudum juga kalau orang umPORno sendiri mengamalkan cah keting , maklumlah Razi bukan dia orang suka sangat dan Mail pula dah tiga penggal , kata orang felda Kepis , cukup cukup lah tu .
Banyak yang tak kena , satu sudut , Mail duduk didepan , satu sudut lagi , mail pulak dibawah Asan , masa penyerahan kunci masjid Al Firdaus , selang seli kedudukan protokol kedua-dua , mana nak didahulukan .
Yang peliknya itu , Anan hanya di address sebagai wakil-wakil rakyat aje oleh mc sedangkan itu kawasan dia , mc macam nak pukul Anan secara sindiran aje .
PP - tanda-tanda nak merudum tu dah ada .
1 comment:
Apolak ko nak bawak namo Mangalam samo Gan? Dato' Yati tak ikut masuk ko?
Post a Comment