Tuesday, July 12, 2011

PESTA KUD GAGAL ?

BERTUAH orang Kopilah , brother asan boleh bawak KUD  aka karnival usahawan desa ke mini stadium sebagai satu cara meransang ekonomi Kopilah selain bagi menunjukan bahawa sebagai timbalan menteri , beliau berguna juga kepada pengundi disini .

Kabarnya , semua ajensi bawah kklw kena ambil bahagian dan hantar usahawan masing-masing berkampung di mini stadium , jual barangan dan sambil itu adakan program untuk tarik orang ramai datang .

Ramai sangat ke penduduk Kopilah ini sampaikan KUD zon selatan pulak tu dibuat disini , kalau tak silap PP Kopilah ini dipanggil pokan orang pencen , banyak yang tua , gaji dah tinggal separuh dan kuasa membeli mereka dah kurang .

Dulu ada lebih 80,000 penduduk , sekarang tinggal tak sampai 70,000 pun , kalau tak silap PP lah , pertambahan penduduknya sentiasa negatif setiap tahun .

Sebab itu harga ikan di pasar mahal kerana orang Kopilah tak mahu beli sekor sebaliknya beli potong , bila potong harga naiklah kerana yang diambil ekor , kepala yang berisi tengkorak dan sikit daging sapa yang mahu , semata-mata kerana dah tak ramai yang  nak makan dirumah , jadi beli sikit lah .

Akibatnya usahawan KUD zon selatan dari Negori , Melaka dan Johor dan kabarnya juga dari Kada , Kedah  berjumlah tidak kurang 40 orang gigit jari .

Yang datang hayun tangan ramai , yang cuba-cuba nak beli dan rasa boleh tahan , tapi yang bayar dan beli , mak oi , elek .

Berniaga apa kalau sehari nak cari RM 50 pun susah , buat belanja tidur di hotel desa inn dan melang inn pun tak mampu nak bayar malahan ada yang tidur di komplek rakan muda , yang nyamuknya mengaum bila senja .

Kalau karnival usahawan tidak mendapat pulangan yang baik kepada mereka yang berniaga , apa ke jadah nya , nasib baik datang di sponsor oleh ajensi yang membawa mereka , jika tidak makan pangkal lah .

Peliknya , PP tengok tak ramai kaum kerabat umPORno yang datang , sorang dua aje , ajk bahagian lansung tak nampak muka , nak parking kereta pun mudah aje , tak macam dulu , pihak berkuasa yang jaga lalu lintas pun rilek aje tengok lalu lintas yang tidak sesak .

Orang Kopilah tak heran dengan karnival macam tu , setakat nak buat pesta , bo layan lah , baik ke Jemapoh , dengar ceramah PR ada juga baiknya , dapat input baru dari merendek di mini stadium yang terang benderang tapi tak cukup orang , siapalah agaknya yang bayar bil api tu ?

Itu lah tandanya , bahawa umPORno dah tak mempunyai daya tarikan lagi , tinggal tunggu masa aje , mail pun terkoteng-koteng apa lagi brother asan yang dikalangan umPORno sendiri tak berapa laku .

Ingat , Johol dan Pilah dah masuk senarai PR , tak kan moyok yo !!!!


PP  - bagus juga kerana pesta itu boleh menjadi pesta terakhir be end .

1 comment:

Ayah Kaya Keluarga Bahagia said...

Orang Pilah dah moyok sobab tak ado siapo nak pikir bondo bondo INNOVATIVE asyik nak tunggu umPORno yo mulokan, macam mano nak maju. Buek lah sesuatu copek copek, sesiapo berduit dikalangan berado tu jgn kodokut pulak. Jangan sampai dah terbolah baru nak cari gam nak lokekkan balek. Tu dah lambek.