Thursday, January 20, 2011

PETANDA BALA DAH TURUN ?

DI sebuah kampung , berlaku banyak perkara pelik dan paling pelik dan memelikan ialah ianya perkara sama yang berlaku secara berturutan .

Macam bermusim , bila berlaku kenduri , kenduri di merata  tempat dalam kampung itu , begitu juga bila berlaku banjir , bah pulak di tempat lain dalam kampung yang sama .

Tidak kurang bila berlaku kematian , ramai pulak yang meninggal dunia , tapi apa nak heran sangat kerana patah tumbuh hilang berganti , yang mati pergi , yang baru lahir datang .

Dulu , tahun 2008 dan pertangahan 2009 , kampung itu dilanda musibah , ramai yang mati dan banyak pulak nak pilih calun baru bagi menggantikan tempat yang sudah meninggal dunia , masa itu , waris simati paling gementar sekali , maklumlah musim calun dari kelompok mereka sering aje gagal mempertahankan kerusi atau kedudukan , sahinggakan ada saorang bertaraf timbalan panglimanya , yang berkuasa , berduit tetapi dikatakan sombong juga ruyup .

Alih-alih , salepas berjaya merebut jawatan ketua kampung secara main belakang di sebuah kampung yang lain , nasib kelompok ini seakan berubah , menang , menang dan menang dan pemimpin utama di kampung itu pun mulalah berangan nak mandat baru memimpin kerana selama ini jadi ketua kampung pun , atas ehsan ketua kampung lama yang teruk dibelasah ketua kampung sebelum itu .

Dua tiga hari ini , macam bermusim , banyak pulak jawatan di kampung itu dan kampung bersebelahan yang kosong samada kerana masalah teknikal atau mati , maka banyak lah pemilihan yang terpaksa dibuat bagi mengisi kekosongan itu .

Mungkin Tuhan nak menguji kekuatan ketua kampung baru yang pakai mandat ketua kampung sebelumnya kerana bongkak sangat , maklum lah ada jawatan dan dengah gahnya mendabik dada bersorakbahawa dia tahu semua , luar dan dalam berasaskan jawatan yang dipegangnya tapi dia lupa , sehebat mana pun , tiada saorang pun waiima nabi dan rasul yang tahu semua perkara kecuali Yang Esa.

Bila dah begitu , mungkin kah ini petanda bahawa bala Tuhan dah turun dan kalau tak sedar juga , mungkin ketua kampung itu menjadi ketua kampung terakhir dari waris sebelah tanjung .


PP - begitu lah adanya

No comments: