Wednesday, January 19, 2011

WHO'S THE BOSS

MASA mula diberitahu dulu , terperanjat berok PP kerana ada ketua kelas yang terpaksa menjadi ahli jawatankuasa tingkatan manakala timbalan ketua kelas pula , dipilih menjadi ketua tingkatan .

Dalam kelas , berkokok sakan si ketua mengatakan dia kuat , gagah , banyak sokongan dan mampu untuk menumpaskan timbalannya kalau timbalannya gatal-gatal nak bertanding jawatan ketua .

Tapi rupanya timbalan ketua , yang rapat dengan guru besar dan selama ini mendapat kepercayaan guru besar dilantik menjadi ketua tingkatan , satu kedudukan yang lebih tinggi yang dan boleh mencalunkan sesiapa yang hendak bertanding dalam PRU sekolah .

Agaknya bagaimana ketua kelas nak berdepan dengan timbalannya sedangkan dalam haireiki yang lebih tinggi , beliau cuma ketua kelas dari beberapa kelas yang ada , mungkin  14 kelas , dan kelas itu , walau pun dikenali sebagai kelas A tetapi sebenarnya kelas yang  hampir rudum , sedangkan timbalannya menjadi tuan sebagai ketua tingkatan .

Dah tak ramai yang hendak duduk dikelas itu kerana banyak penyakit dan banyak kudis dikalangan ahli kelas , disebabkan kudis lah , ketua kelas dapat kekal berkuasa kerana kebanyakannya mempunyai kudis dan malu kalau ditelanjangkan .

Selama ini memang ramai murid-murid dalam kelas itu yang maklum , ketua kelas tak ngam dengan timbalan dan nak menyingkirkannya , tetapi satu-satunya di negara ini , ketua tingkatan tidak dipilih dari kalangan ketua kelas .

Maka bernasib malanglah ketua kelas kerana kabarnya ketua sekolah juga mula tak ngam dengan beliau kerana ketua sekolah nak jaga hubungan dengan ketua tingkatan yang menjadi proksi guru besar .

Terkejut berok PP , itu dulu tetapi kini bayangkan lah kalau sebenarnya kelas itu ialah sebuah parti di Kopilah.


PP - tak dibuat orang macam itu

1 comment:

paneh said...

Bagus satira pasal jawatan Pengerusi Pilihanraya BN Parlimen Kopilah ni. Mungkin tak perlu di sebut "bayangkanlah kalau sebenarnya kelas itu ialah sebuah parti di Kopilah", pun orang dah boleh agak ia berkisar mengenai UMNO. Pengumuman pertama di buat Hassan ketika di Kulai Johor tahun lepas, menyaksikan ramai penyokong Ismail termonyok. Memang kejadian pertama seumpamanya.

Cuma berkenaan Hassan dikatakan baik dengan GB tu boleh dipertikaikan kebenarannya, tapi bab ketua sekolah dengan ketua kelas tu mungkin ada benarnya.

Blog ini patut diteruskan dengan corak satira, perlu lebih pedas dan berani.

Good job.