Terdapat satu cerita sambungan cerita ketua kelas dimana adik angkat ketua kelas sedang tercungap-cungap mencari nafas sejak kepimpinan ketua kelas mula di pertikaikan orang .
Maklumlah belum pernah terjadi , ketua kelas yang menang bertanding , boleh tidak terpilih sebagai ketua tingkatan sedangkan timbalan ketua kelas pulak yang dipilih duduk dikerusi itu .
Itu yang buat dia tercungap-cungap kerana bila ketua kelas dah tak berapa laku lagi , maknanya adik angkat ketua kelas yang sekarang menjawat jawatan pengerusi pemuda pemudi dalam kelas itu , akan mengalami nasib yang sama .
Murid-murid di sekolah dah banyak yang bercerita bahawa pengerusi pemuda pemudi ini tidak bertelo , kerana memegang jawatan yang tidak sahih jantinanya .
Ahli-ahli persatuan macam ayam berak kapor , aktibiti persatuan kurang , heboh kehulu kehilir dengan baju persatuan yang berwarna putih dan songkok tinggi aje sedangkan kempen untuk menarik sokongan kepada kelas mereka tidak dilakukan , sebaliknya ketua tingkatan pulak makin harum namanya disebabkan rajin bertemu dengan murid-murid dan rajin buat kerja walaupun dikatakan agak tahi hidung masin.
Tambahan lagi ketua tingkatan sekarang dah ada jawatan besar sikit , diberi Guru Besar sebagai timbalan ketua murid luar bandar .
Maka kelas yang memang mengekploitasi murid luar bandar , begitu dikenali murid-murid disebabkan oleh jasa ketua tingkatan itu .
Mana tidak , padang sekolah dah dipasang lampu limpah dan jalan untuk murid-murid sekolah sepanjang kira-kira 8 kilometer dah dipasang lampu , semuanya jasa ketua tingkatan yang masih menjadi timbalan ketua kelas .
Berbalik kepada pengerusi ketua pemuda pemudi tadi , timbalan pengerusinya pun dah mula sangsi dengan pengaruh ketuanya disebabkan cadangan untuk mengadakan aktibiti mesti terlebih dahulu mendapat endorse dari ketua kelas .
Semuanya hendak dirujuk dan didapatkan pandangan ketua kelas sahinggakan banyak cadangan daripada ahli persatuan yang tidak berjaya dilaksanakan oleh persatuan pemuda pemudi , disebabkan kebergantungan pengerusinya yang berlebihan kepada ketua kelas .
Nampaknya , PRU nanti nasib ketua kelas dan pengerusi persatuan pemuda pemudi terumbang ambing tidak tentu arah disebabkan tindakan kecil dari guru besar yang tidak mengaktiraf fungsi dan tugas kelas kecuali menjadi ketua apabila guru masuk kelas dengan ucapan " selamat pagi cikgu " .
Itu lah susahnya jika menjadi pemimpin yang ditunjuk , tak ada karisma lansung dan jika bercakap dengan murid-murid , asyik nak tunjuk kuasa aje .
PP diberitahu , pengerusi persatuan itu adalah antara dua atau 3 nama yang bakal tidak dipilih dalam PRU sekolah itu yang dijangka suku terakhir tahun ini .
PP - macam mana nak terus dipilih kalau jawatan sedia ada pun tak tahu nak pegang
No comments:
Post a Comment