JANGAN fikir apa yang tidak betul PP akan sokong .
Kalau ada yang betul pada umngok , PP kata betul dan kalau ada tak betul pada PKR , PP kata tak betul juga .
Ahli-ahli PKR sekarang tengak di rasok penyakit SS , SYOK SENDIRI .
Bahaya penyakit tu , tambahan lagi PKR baru nak bertapak , baru cuba-cuba nak menajamkan kuku , baru nak berjaya menambat hati rakyat tetapi kroni didalamnya dah kacau bilau , berebut sama sendiri .
Dulu macam umngok juga , tertib tapi bila dah berkuasa , ketertiban jadi manusia paling gelojoh , sekarang PKR dah ada penyakit itu .
Baru setahun jagung duduk dalam PKR dah nak jawatan yang utama , yang ada power , ada glamour dan tentunya boleh buat duit , banyak masyuk jika menang dan dapat memerintah .
Sekadar menyebutkan beberapa nama , Zahid , Nurul Izah , Hatami Pt Sulong adalah antara mereka yang bercita-cita tinggi tetapi kadang kala tidak mahu mengukur dibaju sendiri .
Berapa lama kah Zahid kenal PKR atau berapa lama Nurul Izah duduk dalam parti itu walaupun ibu bapanya mungkin mempunyai pengaruh yang kuat malahan pemimpin muda dari Pt Sulong , bukan sekadar nak jadi pemimpin di cabangnya malahan nak duduk kerusi ketua di peringkat muda kebangsaan.
Bak kata orang muda , apa lah lu bhai , buat lah kerja dulu , nampakan semangat juang tu , susah senanglah dulu dalam PKR baru lah tawarkan diri untuk jawatan utama .
Ini tidak , baru tumbuh gigi , rasa dah hebat terus nak menggigit , takut nanti gigi patah dan terus terkeluar sap , hilang sebutir kapur barus yang wangi tetapi hanya sesuai untuk orang dah meninggal .
Bukan nak sokong Azmin , tetapi yang layak tetap layak .
Macam layaknya PR duduk sekurang-kurangnya satu kerusi di Kopilah .
Tunggu apa lagi , buatlah keputusan atas undi anda ?
PP - kalau tokong berlumut macam PRU ke 12 dulu , baik PR atau UBN , lagi baik buat undi rosak .
No comments:
Post a Comment