BUKAN nak membodek apa lagi nak menyanjung Aspan , tetapi penjengah blog Kopilah patut bersama-sama baca blog Aspan .
PP dah link kan blog itu . Bagi PP siapa lah Aspan pada PP jangan kan rapat , kenal pun jauh sekali tetapi sejarah Aspan memang PP maklumi .
Sebab itu idea Aspan PP rasa boleh digunapakai ketika ini , dulu masa Aspan berkuasa , Aspan juga tidak kurang hebatnya macam ahli-ahli umngok yang lain .
Mungkin Aspan dah sedar sejak tersingkir dari arus politik umngok , biarpun beberapa kali nama terpacul , tetapi masih tak lekat juga , bukan salah ibu mengandung , tetapi memang nasib Aspan tidak menjadi YB buat masa ini , mungkin akan datang .
Aspan sudah tua , betul tetapi Aspan ada pengaruh dan ideanya muda , jika kali ini Aspan di bawa ketengah , tentunya bukan melalui umngok kerana umngok sendiri tak sudi lagi dengan Aspan biarpun Aspan pernah menjadi tokoh utama masa Dato Mansor, Dato Ramli , Abu Zahar tetapi Aspan dah jadi macam koran buruk sekarang ini .
Tetapi percayalah , Aspan masih ada pengaruh dan jika Aspan dinaikan oleh PR , PP rasa sejarah akan berlaku di Pilah .
Dan sejarah itu dicipta oleh Aspan dan tempat paling sesuai untuk Aspan ialah di Seri Menanti kerana orang menyomondo memang banyak gunanya .
PP pun tertarik tentang idea Mail nak jadi MB , cerita itu cerita lama cuma di perbaharui semula . Mail memang bercita-cita tinggi dan yang meladeni cita-cita Mail itu ialah Yahya Fulus .
Nampaknya Bro Asan kempunan lah kalau Mail jadi MB kerana satu ketika dulu , masa Tan Sri Isa lambat disahkan sebagai MB , tiba-tiba akhbar bahasa inggeris keluarkan gambar Asan dengan Tunku Jaafar .
Orang-orang Asan mula lah naik tocang tapi menderum Isa kuat , dapat juga jadi MB , nasib baik Asan tak tercampak lepas tu .
Tapi ada satu badi kat NS ini iaitu sesiapa yang bercita-cita nak jadi MB terutamanya dari KP , semuanya terlocot .
Tak caya tanya Abu Zahar dan Napsiah ?
PP - teringin juga jadi MB ( Mail Barliar )
No comments:
Post a Comment