ASPAN Alias , bekas orang kuat Umngok KP tahun 90 an dan abang kepada Kamaruzaman Kamdias (KK) melalui blognya aspanaliasnet.blogspot.com membelasah (?) Razi kail berhubung dengan kes ketiadaan air dimusim perayaan terutamanya hari raya .
Kata Aspan , sudah 53 tahun merdeka , tetapi masalah air tidak juga selesai sedangkan di kampung keluarga beliau di Sg Jelutung , tercongok saorang exco yang baru membuat majlis sambutan hari raya besar-besaran di depan pejabatnya di Taman Putra hujung minggu lalu .
Khabarnya belanja untuk mengadakan majlis itu ditanggung oleh kerajaan melalui agensi tertentu jadi kalau makan kueh yang dihidangkan disitu , janganlah terlampau syok sangat dengan mengatakan Razi yang belanja kerana wang yang di gunakan itu adalah wang kerajaan .
Biasa lah kan , kalau tak exco yang gunakan wang itu , siapa lagi , tak kan Pak Mat tempe , boleh gunakan peruntukan tersebut kot .
Berbalik kepada Aspan , satu masa dulu , nama Aspan cukup pepulor di KP dan beberapa kali namanya menjadi sebutan untuk menjadi YB di Seri Menanti macam nama Cikgu Seth di Batu Kikir , cuma nasib belum menyebelahi beliau , itu saja .
Kata Aspan lagi , kalau air dah tak ada di kampung , buat apa UBN war-warkan supaya orang ramai balik kampung beraya , jangankan untuk madi manda , untuk minum dan memasak pun tak cukup .
Untuk kesungai bagi tujuan mandi dan sebagainya , sungai kita macam dah jadi kubang penyakit , lepas mandi mulalah badan gatal-gatal tambahan lagi kalau badan orang KL yang memang sensitif dengan air yang bermasalah .
Begitu lah gaya Aspan menulis , dan nampak macam ada rasa ketidakpuasan hati Aspan terhadap tugas dan tanggungjawab yanag dijalankan Razi di kawasannya .
Kalau Aspan yang berada di KL boleh tulis macam itu , bagaimana lah agaknya dengan orang Beting , Pelangai , Pasir Ambor , Padang Lebar atau paling kurang orang Tengkek .
Apakah mereka masih membontoti apa sahaja yang Razi lakukan dan tidak berani menyuarakan pandangan rakyat marhain dibawah .
Agaknya , mana lebih penting , bekalan air bersih sepanjang masa atau sesedap mata memandang banner Razi yang besar di persimpang Beting ?
PP - rakyat didahulukan kalau masih ingin menjadi YB
6 comments:
YB kek nogori 9 ni sumonyo syok sendiri.. dari 'bunting'(iklankan diri supayo dibuang pado PRU13) sampai la ke servis YB.. HAMPEHHH!!
MUKO DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIABAIKAN..
geng bas umno/=
Kalau aspan jadi yb joseh pun belum tentu dapat selesaikan 100% masalah air di joseh. Ontah lobeh torok lagi.
Tulis dan cakap memang sonang.
Apo jaso aspan kek joseh. Orang joseh pun tak goma kek dio.
Cakap tak serupa bikin.
Kau bhai yg kato orang hampehhh, kau laie torok pado hampehhhh
Banyak jugo jaso yb yb tu kek orang kampung. Kau langsung tak ado apo-apo jaso.
Anoy 12.42 am
Kau memang bangang sobab tu YB yg kau pilih pun bangang. Pokok perbincangan adolah AIR. Yg kau keluar tajuk Aspan jd ADUN tu apo hal? Dio memang tak heran dgn ADUN tu. Layi pun kawasan dio kek Senanti bukan Joseh. Hak diolah nak bercakap mewakili rakyat. Yang pasti YB2 pembodek Mail Lasim semua eh bangang2 lako!
ORANG YG 'BUTA HATI' TAK AKAN NAMPAK KEBAIKAN, JASA DAN BUDI ORANG LAIN. YG DIA NAMPAK HANYA KEBURUKAN SAJA.
MACAMANALAH NAK JADI UMAT ISLAM YG TINGGI DARJATNYA DI SISI ALLAH SWT
Hai Org Joseh,
Hanya orang yg kurang dan pendek akal sahaja akan mudah melebelkan orang lain dgn perkataan 'bangang'
Berkatalah dengan kata yg baik-baik kerana bahasa yg kita gunakan itu menggambarkan tahap pemikiran, tahap pendidikan, ilmu pengetahuan dan tahap kecerdikan kita.
Apabila nak melebel dan nak merendahkan-rendahkan orang lain cerminlah diri sendiri dulu, mungkin diri kita lebih rendah dan hina daripada orang yg dihina itu.
Orang yg waras, bijak dan mempunyai tahap pendidikan serta ilmu pengetahuan yg tinggi tak akan mudah melebel dan menghina orang lain.
Yg ni den maleh nak komen apo-apo sobab ea den raso tokon plak..aspan sapo ngan razi. Biarlah ditogor ea mano yang patut, kok nak nongar-nongarlah.
Post a Comment