APA sudah jadi bhai , ketua bahagian UBN tidak jadi pengerusi BN .
Sudah terbalik kot , timbalan pulak yang jadi ketua BN , banyak mesej dalam perkara itu , mungkin itu mesej bahawa si ketua tidak berkemampuan , tidak di percayai lagi atau pun sememangnya timbalan yang jadi ketua .
Meminjam kata Aduka Taruna , gua rasa mengong sikit kerana yang pelik-pelik dah terjadi di KP ini .
Macam mana nanti UBN nak bertempik kepada rakan dalam BN yang lain kalau darjat ketuanya lebih rendah dari timbalan dari hiareki parti UBN .
Kabarnya keputusan itu dah dibuat dan tak salah kalau PP meneka dalam PRU ke 13 nanti , kuasa pengerusi BN lebih besar dari kuasa UBN .
Silap-silap haribulan , timbalan UBN boleh locotkan calun dari UBN termasuk ketuanya sekali , masa tu padan muka .
Kan senang , pilih aje bro Asan sebagai ketua , tak payah lah lagi tunggang terbalik macam ini .
Lagi pun bro Asan orang kuat Najib di NS .
PP - dah tak ada pelik lagi politik UBN ini .
2 comments:
Tahniahlah Tok Asan jadi pengerusi BN KP. Untung-untung bertanding lagi dalam PRU13 nanti.
Tapi nak kena ingat jugak, bak kata TS Abu Zahar, dulu saya pun pengerusi BN tapi tak bertanding semula.
Nak kata orang kuat DS Najib di NS, Sahak Seremban pun orang kuat TS Najib gak, tapi dalam PRU12 nama tak keluar utk bertanding.
Tok Asan mungkin tak sama. Dia tentu lebih hebat. Mungkin lepas PRU13 nanti dia jadi menteri penuh pulak. Kalau itu terjadi, tentu konco-konco dan para kontraktor di keliling Tok Asan akan bersorak-sorai keriangan.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti.
KITA CUMA BOLEH MERANCANG DAN BOLEH BUAT PERKIRAAN SAHAJA.
YG 100 PERATUS MENENTUKANNYA IALAH ALLAH YG MAHA KUASA.
HIDUP, MATI, SAKIT PENING, REZEKI, JODOH PERTEMUAN ADALAH KUASA ALLAH SWT.
YG PENTING HATI KITA HENDAKLAH BERSIH DARI PERASAAN DENGKI KHIANAT, RIAK, EGO,BURUK SANGKA DAN SEBAGAINYA KERANA DARI PERASAAN ITU NANTI KITA AKAN MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN SEPERTI MENIPU, BERBOHONG, MEMBUAT FITNAH, MENGHINA, MENCACI, MENGUMPAT DAN MACAM-MACAM LAGI.
ORANG YG BERSERBAN BESAR DAN BERJUBAH LABUH, BERPELAJARAN TINGGI, BERGELAR ULAMA, SOLAT TAK TINGGAL PUN BELUM TENTU DAPAT MEMBERSIHKAN HATI DARIPADA PERKARA-PERKARA YG DISEBUTKAN TADI.
INI HANYA SEKADAR MENGINGATKAN.
Post a Comment