Sunday, August 29, 2010

SIAPA BAKAL GANTI ROSLAN CALUN UBN DI JOHOL

Kalau ikut senarai , nama paling atas ialah Shamsul , anak jati Johol dari Renggoh , bekas orang kuat UBN satu masa dulu serta pernah menjadi pimpinan tertinggi S 46 di NS .

Shamsul dikatakan lebih berpotensi dari Abu Samah ketua cawangan Padang Jual memandangkan Samah pernah melanggar pesanan Mail supaya tidak mengundang Mahathir datang ke Johol sikit masa lalu .

Lagi pun Samah tidak menetap di Johol sepanjang masa , beliau duduk di KL dan cuma balik bila ada keperluan sahaja atau ketika UBN ada majlis .

Hari-hari lain masih di KL .

Selain itu , nama sinonim Cikgu Chaah juga berpotensi untuk diketengahkan .

Bekas KPU Kuala Pilah ini memang sudah sewajarnya menjadi YB tetapi kerena rezeki belum sampai , beliau terpaksalah jadi pecacai sahingga kini .

Pernah cuba berniaga kedai makan di Tampin tetapi kurang berjaya dan sekarang kabarnya tengah mengintai kedudukan yang baik dalam UBN Kuala Pilah , tamhbahan lagi , beliau adalah calun paling senior dari Johol .

Selain itu , nama saperti Jalil daripada Malan dan Rosli JPJ adalah antara nama yang berpotensi untuk diketengahkan .

Mungkin Dato Aseh , bekas KSU juga berpotensi untuk memberikan cabaran manakala calun PAS pula ialah tokoh muda , lulusan universiti dan fasih berbahasa arab , adalah calun yang paling sesuai untuk bertanding disitu .

Gerak gemput hujung minggu lalu dengan dengan mengadakan majlis di Renggoh mendapat sambutan hangat dan tokoh lama yang telah bertanding dua kali , wajar mengundurkan diri jika mahu menang kerusi itu .

Hampir pasti kerusi Johol akan beralih muka pada PRU ke 13 nanti .


PP - daripada menyusahkan rakyat , kan lebih baik mengundurkan diri atas sebab kesihatan

7 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha...... baguslah PP pilih Shamsul tu.
Shamsul berasal dari Sikota bukan Renggoh PP.
Shamsul dan Chaa pun bersaudara. Mana satu pun boleh.
Yg penting BN boleh menang di Johol.
Jangan sejarah lama berulang kembali sudahlah. Dulu Kamarudin Tahir pun AJK UMNO Bahagian. Bila tak terpilih jadi calon BN, dia merajuk terus masuk Pas dan bertanding calon Pas.

Anonymous said...

Jangan nanti yg nampak sihat yg nak gantikan tu sebenarnya lagi banyak penyakit. Kadang-kadang kita ni nampak luar saja sihat, tapi kita sebenarnya ada penyakit yang lagi teruk daipada orang yag kelihatan sakit. Ini semua ketentuan Allah SWT.
PP yg masih muda pun belum tentu sihat. Ada orang yang nampak sihat tapi tiba-tiba jatuh sakit lalu mati. Ada yg nampak sihat, tiba-tiba terjatuh lalu terlantar sakit tak boleh bergerak hingga bertahun-tahun dan macam-macam lagi. Ini banyak berlaku.
Kesimpulannya, sihat, sakit, mati dan sebagainya adalah kuasa Allah SWT. Oleh itu jaga diri masing-masing. Jangan buat fitnah, jangan memanjangkan fitnah, jangan riak, jangan buruk sangka, jangan mendoakan orang lain dengan yang tidak baik dan sebagainya. Kita tak tahu tarikh kita akan mati, kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit, kita tidak tahu apa kemalangan yang akan menimpa kita, kita tidak tahu apa yg akan menyebabkan kematian kita dan banyak lagi yg kita tidak tahu. Oleh itu insafilah diri kita masing-masing. Bersangka baiklah sesama kita terutama sesama Islam. Kadang-kadang orang bukan Islam mempunyai perasaan baik sangka yang lebih tinggi berbanding kita yang Islam

Anonymous said...

Macamana dengan Hj Saiful Yazan ? Saya dengar dia pun hebat jugak. Tak ada harapan ke?

Anonymous said...

Macamana dengan Hj Saiful Yazan? Dia pun AJK Bahagian jugak dan baik dgn To' Mail

Anonymous said...

Aku ingat ada sorang lagi bakal calun BN di Johol dlm PRU13 iaitu Jalil malan. Dia ni bukan kocik anak juga. Dia sorang saja wakil tunggal pemuda bahagian dari Johol yg menang pemilihan dulu. Ini menunjukkan dia ni popular dan jadi pilihan di kalangan golongan muda.

Cuma Jalil ni bila dah menang ajk pemuda bhg, tak banyak ambil tahu hal pemuda di Johol. Pemuda UMNO Johol terbiar. Jalil nampaknya tak ambil kisah sangat hal pemuda. Dia asyik membontoti Bro Asan saja. Mana ada Asan di situ ada Jalil. Mungkin nak jaga projek dan periuk nasi kot. Tak taulah Jalil gunakan tittle ajk pemuda bahagian tu cuma nak dapatkan projek, nak rapat dengan Bro Asan, nak rapat dgn Mukriz Mahadhir dan lain-lain pemimpin.

Nampaknya lepas jadi ajk pemuda bhg ni Jalil makin lumayan. Dah kaya dah. Kereta pun mampu beli yg ratusan ribu. Itu tak pe lah, mungkin usaha dia yg gigih. Bro Asan pun mungkin banyak bantu. Tapi yg tak betulnya ialah membiarkan pemuda khasnya di Johol tidak dipimpin. Aktiviti pemuda UMNO sama ada di bhg atau di Johol pun Jalil tak nampak muka hidung. Sumbangan pun lagilah tak ada. Harapkan dia nak anjurkan program pemuda langsung tak ada kecuali bila Asan buat kejohanan futsal dia akan kerja kuat dan banyak menyumbang.

Janganlah gunakan pentas pemuda hanya sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri saja, sedangkan masa pemilihan pemuda dulu, merayu
kesana kesini nak dapat undi pemuda termasuk semasa pemilihan perwakilan ke KL. Bila dah lepas, pemuda tak dipedulikan lagi. Kesihan kat pemuda khasnya di Johol.

Walau bagaimana pun Jalil mungkin salah seorang bakal calun berpotensi juga yang boleh menggugat Chaah dan Shamsul di Johol. Jika diteliti, Jalil lebih hebat lagi, walaupun baru dlm politik, sebab dia wakil tunggal ajk pemuda bhg dari Johol. Dia pulak lebih rapat dgn Bro Asan dan jadi orang paling kuat kerja dan menyumbang jika ada program anjuran Bro Asan sama ada di bahagian (peringkat parlimen) atau pun di DUN-DUN. Jalil pun kontraktor yang cepat juga berjaya berbanding Shamsul dan Chaah yg cuba juga berniaga tapi selalu gagal. Pendek kata Jalil lebih banyak duit. Kalau bertanding pun modalnya banyak dan tak perlu sangat bantuan lain.

Moga nama Jalil akan tersenarai sebagai salah seorang lagi bakal calun PRU13 di Johol. Nampaknya makin tipislah harapan Sulan untuk dicalunkan semula.

Nasib kau lah Tok.

Anonymous said...

Kalau PR nak menang banyak atau menang PRU 13 ni menanglah, tapi bukan di NS. NS tetap UMNO merintah. Dan BN nanti jadi macam PKR di Selangorlah, kerajaan pembangkang.
Jadi di Johol dan lain2 DUN Pilah ni BN menang.
Kalau nak monang di Johol, carilah calun bersih baru yang bolum ada2 cerito banyak yg tak elok.Elok atau tak elok calun ni corito number lainlah
Biasolah UMNO ni cerito2 tak elok dan kojo2 numpek kodai kopi ni jadi hiburan politik ahli2 politik kampungan.
Saya nampak di Johol ni ado sorang yg pekertinya kelihatan amat baik....Hj Saiful Yazan, anak arwah Cikgu Sulaiman. Layak ni kalau nak bordopan dongan PAS

Anonymous said...

Saya anak Johol, Saya setuju cari yang baru, malah baru segalanya...Hj Saiful nampak sesuai untuk ganti YB Roslan