BENAR kah kerusi Dun Seri Menanti berpuaka dan mempunyai badi ?
Kebanyakan wakil rakyatnya hanya sepenggal disitu . Paling lama pun dua penggal itu pun kerana Ateh Braim banyak ilmu silatnya .
Sepak terajang politik semua dalam kocek beliau tambahan lagi pada masa itu rakannya masih jadi MB , jadi mudah lah nak buang sial yang meladaneni kerusi agung itu.
Samad Ibrahim , baru sepanggal jadi YB dan baru juga sepenggal jadi exco .
Biarpun berjaya menjadi YB dan tidak pernah direstui kepimpinan bahagian dan bekas YB sebelumnya , Samad naik pantas .
Tapi mampukah Samad kekal disitu sedangkan kerusi itu ada badinya .
Iddin , naib kertua UBN sedang sibuk mengintai kedudukan tersebut , biarpun cawangan Iddin ialah cawangan bandar , tetapi jasa dan pengaruh bapa mentuanya iaitu Ateh Braim , memang sukar untuk di nafikan .
Tambahan lagi Ateh Braim ada kedudukan dan tidak pernah pencen walaupun sekarang makan satu gaji dan dua pencen .
Selain itu Haji Madrazi , yang satu dulu sibuk dengan Mail , juga berminat untuk jadi YB disitu .
Lulusan IPSM ini , biarpun bekerja di bidang pertanian , tetapi ilmu agamanya baik juga cuma kelakuannya yang kadang kala tak menggambarkan keteguhan ilmu agamanya .
Ada sorang lagi , Zul Talang tetapi budak sekor ini koyok ya lebih , belajar tak kemana , kedudukan tak sekuat mana cuma tahu menyokong Mail aje dan naik pun atas ehsan Mail .
Nampaknya , nasib Zul ini macam mati ayam , mati tungau lah .
Dari Zul ini baik lagi Dato Dr Prof Haji Ibrahim Saidon yang berkaliber dan bergelar intelektual , tapi dari mana dapat gelaran itu , tak tahu pulak .
Mungkin akan mungkin lagi satu dua nama , dan nampaknya Samad kena berhati-hati main politik jika nak kenal kerana badi Seri Menanti memang kuat .
Silap-silap tumbang ditangan saudara sendiri macam pertandingan ketua pemuda sikit masa lalu , nasib baik menang dengan Dato Perdana Khalid Ujang , jika tak tak merasalah jadi YB .
PP - harap kali ini Khalid Ujang dapat menggempur semula kedudukan samad
3 comments:
Aku ingat YB Samad bertanding dan menang lagi dalam PRU13 nanti. Kerjanya pun baik. Hubungannya dengan rakyat pun baik. Banyak juga kemajuan yg dah dibawanya ke Seri Menanti tu. Nak cari pemimpin macam mana lagi.
Orang yg tak suka dia memanglah semua dianggap tak betul. Berilah penilaian dengan fikiran yang rasional dan bijaksana serta ikhlas. Berfikirlah dengan fikiran yg normal. Jangan menilai ikut perasaan atau emosi. Bila ikut emosi dan kebencian fikiran akan jadi tidak normal dan silap-silap nanti boleh jadi gila.
Pembangkang memanglah akan kata semua tak betul. Mereka ni memang dah dilahirkan macam tu. Kadang-kadang mereka ni lagi tak betul. Cuba kita nilai mereka yg jadi pembangkang ni, kadang-kadang mereka ni lagi teruk. Latar belakang mereka, rekod kerja mereka, peribadi mereka, keluarga mereka dan hati mereka kadang-kadang lebih teruk daripada orang yang mereka anggap tak betul.
Orang yg sentiasa anggap orang lain tak betul sebenarnya mereka ni lagi tak betul.
Kalau Samad tak bertanding lagi pun apa dia susah. Dia ada pencen exco. Hidupnya takkan merempat.
Bersangka baiklah antara kita sesama Islam ni.
PP mungkin boleh buat tekaan siapa pula ganti Mail di Senaling, Razi, Anan atau Asan dlm PRU13 yg akan datang ni.
Anonymous
Jangan buruk sangka dengan pembangkang .an lebih baik buat satu parti saje , senang , tak ada pembangkang kalau semua pembangkang tak elok . Tapi jangan lupa ya , UBN pembangkang di Selangor , Kedah , PP dan Kelantan . Maknanya pembangkang di negeri itu pun tak guna juga . Maknanya UBN pun ngok juga . Ha.. ha..
Pembangkang di 4 negeri tu dari UBN yang ngok tapi pembangkang di lain negeri termasuk di parlimen terdiri daripada PR yang ngok.
Kalau dilihat, di PP dan Selangor, pembangkangnya dikira ok jugak tapi kerajaannya pulak yang ngok
Post a Comment