Thursday, August 26, 2010

SIAPA BAKAL TERSINGKIR DI PRU KE 13 ?

TERDAPAT 6 YB UBN di Kuala Pilah dimana 5 daripadanya adalah bergelar datuk .

Ahli Parlimen sudah 2 penggal menjadi MP dan sebelum itu dua penggal juga menjadi Adun Juasseh , Mail Lasim pula dah  3 penggal jadi Adun Senaling , Razi Kail dan Ruslan Yusof  pula dah penggal kedua manakala Samad Ibrahim dan Anan , baru penggal pertama .

Yang belum bergelar datuk cuma Anan , tapi agaknya tak lama lagi dapat lah tu , maklumlah anak didik Mail , tak kan Mail tak nak tolong supaya setarafkan Anan dengan lain-lain YB .

Pru ke 12 lalu , Yati terkeluar barisan kerana sudah dua penggal menjadi Adun dan exco manakala Ibrahim Jahaya juga perpacul satelah dua penggal menjadi Adun Seri Menanti .

Adun sebelum itu Hishamudin Kadir , hanya dapat sepenggal saja walaupun ada yang berkata , Hishamudin ada bau-bau bacang dengan Mahathir .

Spekulasi sedang bertiup , siapa yang akan keluar pada PRU ke 13 nanti .

Kekal keenam-enam YB tersebut , tidak mungkin kerana , orang lain pun nak merasa juga jadi calun kalau pun tidak menang menjadi YB , paling tidak dua orang kena gantikan juga .

Yang paling lama Asan , tetapi Asan ini liat sikit , dia orang kuat Najib dan kabarnya Najib memang baik dengan Asan , jadi Asan kira selamat lah pada PRU ke 13 nanti , selamat di pilih sebagai calun , menang belum tahu lagi .

Silap-silap Asan boleh duduk di Wisma Negeri .

Bekas orang kuat Isa Samad , Mail Lasim juga dah nak jadi otai kerana dah tiga penggal , hubungan dengan MB kabarnya baik tetapi sejauh mana MB dapat pertahankan Mail kerana jika perlakuan nya kepada hubungannya dengan Isa dulu , macam MB nak mengalah kali ini .

Maknanya kitaran Mail ialah 50 - 50 .

Kemudian Ruslan Yusof , hampir pasti terpancul keluar kerana sebelum ini beliau sakit dan banyak kabar angin berkata akan berlaku kekosongan kerusi Dun Johol , tetapi Ruslan kembali sihat dan lebih sihat dari dulu pulak .

Tapi memandangkan beliau sudah dua penggal dan ramai calun dari Johol yang masih kempunan , peluang untuk Ruslan kekal agak malap sikit .

Razi Kail boleh dikatakan hebat kerana selain orang kuat Mail , beliau juga mendapat kepercayaan pimpinan negeri .

Rasanya nama Razi ada lagi .

Anan pastilah ada , walaupun pemuda dibawah pimpinannya macam pemuda bawah KJ , tetapi beliau bergantung kuat dengan dahan Mail , Mail pasti akan pertahankan Anan , biar macam mana sekali pun .

Tinggal lagi Samad Ibrahim , exco belia yang diberikatakan kurang mantap .

Mungkin sejarah Dun Seri Menanti yang memberikan masa satu penggal kepada setiap adun nya , akan berulang .

Lagi pun jawatan exco samad dibuat atas kapasiti beliau mewakili pemuda negeri .

Dulu Jamlus juga jadi exco atas kapasiti yang sama ,. tapi akhirnya hanyut juga .

Nampaknya Samad menjadi calun yang paling tinggi markahnya untuk terkeluar senarai calun UBN nanti , diikuti Ruslan , Mail , Anan , Razi dan Asan .

Sekadar dapat jadi calun pun tak ada maknanya kalau semasa PRU ke 13 nanti , semuanya luncur .


PP - sekadar meramal aje .

8 comments:

Anonymous said...

Tahniahlah PP yang dah mencongak-congak sapo yb yang bakal terkeluar dalm PRU13 nanti.
Moga-moga tekaan PP tu akan jadi kenyataan, kalau tak sumo, duo tigo pun jadilah.
Agak-agak PP sapolah calon BN yang bakal gantikan yg terkeluar tu.
Sapo agak-agak ganti Samad, Sulan atau mail.
Asan pulak kalau terkeluar, sapo agak-agak gantinya. Asan ni okey gak, cumo dah agak tuo sikit.

Calon-calon PR pulak agak-agak sapo? Kalau Mat Sabu atau Nasarudin Isa bertanding di mana-mana DUN di K.Pilah atau di Parlimen Pilah, ado harapan monang.

Anonymous said...

cadngan calon:
DUN johol: cikgu chaah
DUN senanti:cikgu shaharuddin
DUN kopilah:cikgu ayie
DUN joseh:cikgu kamanizam tindek
DUN senaling:cikgu fadzil ismail
parlimen pilah:cikgu dato yassin


(atokBatangPilah)

Anonymous said...

Asan memang hebat dalam banyak hal.
Dia sanggup buat apa saja asalkan boleh jadi calun.
Kalau boleh duduk rumah PM hari-hari pun dia sanggup buat.
Nasib dia pun memang baik. Di bahagian dia bertanding tak pernah menang. Tapi dapat jadi Timbalan Ketua ehsan daripada Brahim Jaya. Dulu dia bertanding timbalan lawan Brahim dia kalah.
Tak de lah hebat sangat.
Mungkin lepas ni dia nak lawan Mail pulak. Itu pun kalau dia berani. Tapi biasanya dia tak berani. Dia suka acah-acah je.
Kita tunggulah lepas PRU13 nanti.

Anonymous said...

UNTUK ADUN SENALING DIHARAP DAPAT LEBIH PEKA DENGAN KG TERUSAN SEBERANG.BARU-BARU INI ADA PROGRAM WALKABOUT,TETAPI YANG MENDAPAT FAEDAH HANYALAH KRONI-KRONI SAHAJA.ADA WARGA TUA YG TAK SEBULU DIPINGGIRKAN.JKKK PULA LEBIH BERSIKAP BERAT SEBELAH DAN PILIH KASIH.DIHARAP JKKK YANG BERSIKAP SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG LEBIH BAIK DISINGKIRKAN.

Anonymous said...

UNTUK ADUN SENALING DIHARAP DAPAT LEBIH PEKA DENGAN KG TERUSAN SEBERANG.BARU-BARU INI ADA PROGRAM WALKABOUT,TETAPI YANG MENDAPAT FAEDAH HANYALAH KRONI-KRONI SAHAJA.ADA WARGA TUA YG TAK SEBULU DIPINGGIRKAN.JKKK PULA LEBIH BERSIKAP BERAT SEBELAH DAN PILIH KASIH.DIHARAP JKKK YANG BERSIKAP SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG LEBIH BAIK DISINGKIRKAN.

Anonymous said...

UNTUK ADUN SENALING DIHARAP DAPAT LEBIH PEKA DENGAN KG TERUSAN SEBERANG.BARU-BARU INI ADA PROGRAM WALKABOUT,TETAPI YANG MENDAPAT FAEDAH HANYALAH KRONI-KRONI SAHAJA.ADA WARGA TUA YG TAK SEBULU DIPINGGIRKAN.JKKK PULA LEBIH BERSIKAP BERAT SEBELAH DAN PILIH KASIH.DIHARAP JKKK YANG BERSIKAP SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG LEBIH BAIK DISINGKIRKAN.

Anonymous said...

Elok tukar semua muka baru,adun juasseh tu memang banyak dolak dalik bila buat kerja, patut sangat ditukar...

Anonymous said...

Sakit hati bila tgk YB yg tau bg alasan jer bila mintak turap jalan...masa nak mintak undi kemain lagi tabur janji..lepas nih tak ingin dah mengundi...baik duk rumah jer...




Perantau Kg gemetir