PRU ke 12 , PKR bertanding di tiga kerusi iaitu kerusi parlimen Kuala Pilah , Dun Pilah dan Dun Juasseh manakala PAS juga bertanding di tiga kerusi DUN iaitu Dun Seri Menanti , Dun Senaling dan Dun Johol .
Keputusannya UBN 6 - PR 0 , kalah teruk , satu pun tidak menang , sebabnya mudah .
Pertama , calon kurang menyerlah dan tidak berterampilan , kurang akedemik dan tidak berapa dikenali ramai .
Kedua , disebabkan silap mengatur parti yang bertanding , tamak kerana yakin akan menang semua dan membolehkan mereka berkuasa .
Akibatnya , macam peribahasa orang Melayu , poi hongap , pulang hembus .
Sebab itu PP cadangkan , pengihan kerusi itu disusun semula .
Peranan DAP perlu diambil kira kerana sumbangan parti dan undi calun dari DAP bukan kecil .
Justeru itu , PP cadangkan seperti saranan sebelum ini , DAP diberikan kerusi DUN dan kerusi yang paling sesuai dan molek ialah Juasseh kerana disitu ada Kg Baru Bukit Gelugor dan mempunyai ramai pengundi cina .
Kerusi parlimen diserahkan kepada PAS , kerusi Dun Pilah juga PAS dan kerusi Dun Johol kekal milik PAS manakala PKR bertanding di Dun Senaling dan Seri Menanti .
Sebagai anak jati KP ,PP dapat rasakan kemenangan memang ada jika pengagihan kerusi itu diambil kira , jangan berlagu ditakuk yang lama lagi .
Buat lah perubahan .
Tapi ingat , soal calun juga mesti di pertimbangkan , soal anak tempatan atau tidak , tidak jadi masalah , yang penting berilmu , berbudi tinggi , berketerampilan , mesra dengan rakyat dan mudah dihubungi .
Jangan pilih calun payung terjun .
Calun Pas dari Johol digantikan lah dengan calun lain , biarpun anak tempatan dan pernah bekerja di KP , beliau tidak dianggap sebagai calun yang benar-benar mewakili Johol kerana tinggal pun di Seremban saperti mana kebanyakan calun UBN yang menang hari itu .
Kita hendak menang , bukan hendak mengucapkan terima kasih dengan mencalunkan tokoh yang sama kerana telah lama berjuang.
Tidak dapat enam , dapat satu atau dua kerusi jadilah ..
PP - susah-susah tawarkan pada PP aje jadi calun Pas tu
1 comment:
calon pas johol yg lepas mmg tinggal di johol blkg balai polis johol tu mano ado duk sbn
Post a Comment