Wednesday, December 2, 2009

GEMPA BUMI SUDAH , GEMPA POLITIK BILA LAGI ?

KEJADIAN gempa bumi di KP hujung minggu lalu memang mengejutkan .

Macama mana KP yang jauh terperok di pendalaman boleh ada gempa sedangkan KL ke , Seremban ke atau paling tidak Jelebu ke , tak ada pulak kejadian gempa .

Macam ada-ada aje bila kejadian gempa itu berlaku , macam bagi isyarat bahawa gempa lain akan berlaku di KP ini .

Dulu pertengahan tahun macam nak gempa di KP bila MDKP tiba-tiba nak naikan cukai pintu sampai beratus-ratus kali ganda .

Bila dah tak tahan baru buat panggilan untuk minta rakyat bantah dan sekarang bila dah dibantah , senyap , harap jangan ada gempa macam tu lagi .

Lekeh sangatlah MDKP kalau sikit-sikit nak dera penduduk Pilah bayar cukai pintu tinggi untuk tanggung perbelajaan mereka .

Perkhidmatan yang diberi macam tu jugak , tak bertambah pun , makin buruk adalah .

Kemudian politik Pilah bila pemudanya macam pondan , tak buat kerja dan asyik nak bergaya aje .

Ketuanya pulak asyik ikut bontot ketua bahagian , ada ketua bahagian , ada lah dia , sampai bila jumpa untuk minta bantuan atau beri cadangan , nak tanya ketua bahagian dulu .

Adunnya pulak ada yang tak boleh buat kerja lagi , dah sakit , yang tak sakit pulak tu malas nak jumpa orang ramai , takut keluar duit kocek kena belanja minum macam bro Asan .

PRU nanti , harap berlaku lah gempa besar di Pilah .

Gempa politik dengan ketua pemuda hanyut , ketua bahagian kalah , adun Juasseh ruyup , adun Seri Menanti tersingkir dan adun Johol pulak digantikan calun dari parti lain .

Baru benar-benar gempa jadinya .

Mohon berlaku lah gempa itu ... Amin ...


PP - tak tersentak pun kalau gempa tu berlaku .

4 comments:

Anonymous said...

MB negri sembilan mat hassan cukup hebat. terbaca dalam suratkhabar baru ni dia kata dia tak tahu undang-undang bahawa salah pakai money changer hantar rm10juta ke london.

Tak sangka kita ada menteri besar yang bodoh-bodoh dalam malaysia ini. rupanya kita selama ini dipimpin oleh mb bodoh.

dengar cerita mat hassan pernah jadi manager maybank di london pada satu masa dulu. maka maybank nampaknya dapat mb bodoh. tak tau undang2.

najib pula entah apa dia buat. buat pekak badak saja. lama-lama umno jadi badak berendam.

Anonymous said...

Masjid kosong,surau kosong takdo jemaah,bala Allah swt turunkan nak bagi tau penduduk Tg.Ipoh.Melayu 100% surau subuh tak sampai satu saf!!

Anonymous said...

yang kta mt hasan bodoh tu ekau jauh lebih bodoh. bodoh2 dio pun dapek jadi mb. kau jadi apo? orang yg suka mencaci dan menghina orang lain ni selalunya dio lagi hino dan bodoh daripada orang yg dihina. Jgn jadi bodoh sombong atau bodoh tak mau diajar. dlm blog ni tajuknya gempa bumi politik di pilah, kau cerito lain. tak kono tajuk. itu pun dah menunjukkan kebangangan dan kebodohan kau. itulah orang melayu yang tak ado otak

Anonymous said...

boto tu..org cito lain..kau poie ko lain..MB kalau bodoh sekalipon kau sakit kek mano? jgn mempertikaikan kebodohan..tp nilai lah kebaikan yg dio dah buek..nak mmbangunkan negori kito..bsyukurlah..jgn asyik mncari salah org lain..kaji diri kito dulu...