Friday, January 8, 2010

SESAKNYA JALAN KP - SENALING

Bila kah agaknya masaalah kesesakan jalan di tengah KP akan berakhir .


Dengar kabar , sistem trafik di tengak pekan akan diubah dimana banyak laluan sehala akan dibina termasuk membina satu jambatan berhampiran dengan bans stand sekarang .


Kok begitu baguslah , tapi elok juga kalau pemimpin kita ambil perhatian kepada kesesakan yang berlaku 5 hari seminggi dan tiap-tiap minggu sewaktu musim persekolahan .


Puncanya mudah , kerana jalan antara KP dengan Senaling sempit , kereta banyak dan pengguna pula banyak yang mementingkan diri .


Nak hantar anak sampai depan pintu pagar , berhenti tiba-tiba walaupun jalan sesak dan tidak dibenarkan berhenti dengan alasan sekejap atau meninggalkan kenderaan tepi jalan sahingga menimbulkan kesesakan , tanpa memikirkan kesusahan orang ramai .


Pihak berkuasa dah jaga di persimpangan jalan TMS dan kalau tak ada lagilah teruk .


Elok jalan tu dijadikan kepada 4 lorong , janganlah fikirkan jalan Seremban - KP saja , jalan KP - Senaling pun ambil lah kira juga .


Adunnya exco kerajaan negeri , tak kan itu pun susah kot ?



PP - senang kalau ada kemahuan

2 comments:

mazd said...

Iyo ko nie,

tak percayo ayo Pilah jammed, tambah laie senaling. Kesian pulak dengan cik alah, Susahlah dia nak pegi pelangai cam tu

aboynaf11 said...

kalau diperhatikan bukan skolah tms ajo yg ado masalah... ulu bondul pun masalah yo... hiway dah buek org makin laju dan bahayo... drebar exco pun memocut laju diarah bos masing-masing, mail, asan, samat dan razi dll.... kito nak masuk simpang ambik anak dah di horn dek keto perdana hitam panjang... sabar yo lah.. anak eh tak skolah sini....