Saturday, January 16, 2010

DATO-DATO

Bertuah rakyat KP , semua pemimpin bahagian kecuali Anan bergelar Dato’ .

Ketua bahagian Dato’ , Timbalan Dato’ , Naib juga Dato’ , Bendahari Dato’ dan baru-baru ini ketua penerangan juga bergelar Dato’.

Nak jadikan cerita ketua wanita , juga bergelar Dato’ Cuma ketua puteri dan pemuda yang masih belum menerima darjah kebesaran tersebut .

Baguslah kalau begitu kerana semuanya adalah pemimpin terpilih , yang ada kredibilit tersendiri dan paling utama sebahagian besarnya menjadi wakil rakyat .

Tetapi sekadar menjadi wakil rakyat untuk mengejar gelaran Dato’ tidak memadai kerana yang penting turun kebawah bersama rakyat .

Rakyat bukan menghormati pangkat semata-mata sebaliknya menyanjung budi dan semangat perjuangan pemimpin mereka .

Setakat bergelar , berkedudukan dan berharta saja tidak memadai , jadilah pemimpin rakyat , kata juara rakyat tetapi juara yang macam mana ?

Juara mempertahankan rakyat atau juara untuk mengakali rakyat ?

Cakap berdegar-degar tetapi ekor bergelumang tahi , buat apa , tanyalah siapa sebenarnya pemimpin kesayangan orang KP .

Mail ke , Asan , Sulan , Anan , Samat atau Razi ?

Setakat PRU ke 12 merekalah lah tokohnya , tetapi bagaimana PRU ke 13 nanti , sudahkah mereka ini benar-benar diterima rakyat hasil kerja keras mereka sendiri bukan semata-mata menumpang tui pemimpin pusat .

Tak salah kalau rakyat mahukan wakil mereka adalah mereka yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat bukan menipu rakyat .

Penipu , perasuah , pembohong , pengelat , pecacai dan segala macam perangai burok lainnya , sudah pasti di tolak takyat .

Slogan penyedap telinga tak main lah , buktikan …


PP – kadang kala di tolak pembaca juga

2 comments:

Anonymous said...

Kau siaplah PRU13.. Dato' tak Dato' dah org tak suka nak buat camano...

Anonymous said...

kau yang komen tu jo lah siap2. pru13 sok bertandinglah. nak tengok berapo undi kau dapek. orang melayu ni ragam tak berubah. ado jo yg tak boto. suruh dio buek tak dapek pulak tapi pasal komen, mengumpek, mencaci, memburuk2an dio nombor satu. sampai bilo pun org melayu tak kan maju. hasad dongki, khianat, sombong bodoh, maleh, bodoh tak boleh di ajar sentiaso ado.