Friday, September 18, 2009

UBN KALAH DI BAGAN PINANG ?

HERAN , heran betul PP kenapa pulak UBN Telok Kemang hanya mencalonkan Isa sorang sedangkan Isa pernah jadi MB dan tahu peraturan pencalunan nama kepada PM dan TPM .

Tak kan Isa beriya-iya sangat nak jadi calun atau pun ahli UBN Telok Kemang dah kehabaisan calun .

Lepas tu , kalau tak bapa , anak , macam UBN milik syarikat keluarga

Pulak tu mutakir ini , semacam ada angin-angin bahawa pucuk pimpinan macam tak berapa suka dengan cadangan itu .

Buat susah nak buat keputusan saja .

Heran juga kenapa Faizal Ramli yang beritahu oranga ramai tentang keputusan itu .

Kan lebih baik Faizal sendiri yang dicalunkan kerana Faizal bekas YB kawasan itu pada tahun 1999 dan menang dengan undi lebih 8,000 .

Cuma Faizal mungkin kerana terlalu ngam dengan Isa , maka MB tak gemar dengan dia , tapi dari segi kerja . Faizal tak kalah malahan lebih baik dari exco dari behagian itu sendiri .

Kenapa tak Faizal sahaja ?

22 tahun jadi MB , bayangkan lah berapa banyaknya serangan dan peluru politik boleh dihalakan kepada Isa .

Nanti jenuh pulak UBN nak menjawabnya .

Lagi susah , bila keputusan itu ialah KALAH .

Jadi fikir lah sebelum buat keputusan , jangan tersilap baca dan gah dengan undi pos .

PP nak maklumkan , dalam PRU ke 12 , dari 5,000 undi pos , pembangkang dapat 2,000 undi .

Boleh pegang ke dengan keadaan itu untuk mengatakan UBN akan menang ? .


PP - kalah , kalah dan kalah

No comments: