Monday, September 14, 2009

MUNGKIN KAH CALUN KITAR SEMULA DIPILIH ?

TINDAKAN Umno Telok Kemang menghantar satu nama sahaja ke peringkat perhubungan negeri semacam membuat keputusan awal sebelum presiden dan timbalannya membuat keputusan .

Tindakan itu tidak bijak kerana memberikan kedudukan serba salah kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti dan mendahului mereka dalam membuat keputusan .

Jadi dimana kekuatan presiden dan timbalannya , jika bahagian Telok Kemang sendiri sudah membuat keputusan yang mendahului mereka ?

Umno Telok Kemang mungkin terlupa bahawa mereka hanya berhak membuat cadangan calun sahaja dan keputusan muktamad hanya di tentukan oleh presiden dan timbalannya sahaja .

Bagaimana presiden dan timbalan hendak memilih calon yang sesuai jika hanya ada saorang calun , dan calun itu samaada berkudis , berkurap atau diselaputi najis seluruh badan atau pun tidak , terpaksa juga di pilih kerana hanya itu sahaja calun yang ada .

Koman benar bahagian Telok Kemang kerana dalam PRK ini hanya ada saorang sahaja calun yang layak dari seramai kira-kira 100 kepimpinan bahagian termasuk wanita , pemuda dan puteri .

Tak kan hanya ketua sahaja yang difikirkan layak dan boleh menang , bagaimana jika kalah , kalah lah seluroh bahagian itu .

Mudah sifir tersebut sebagaimana mudahnya mereka membuat keputusan dan menafikan kuasa pihak lain untuk membuat keputusan muktamad .

Nampak sangat ada pihak yang beriya-iya untuk menjadi calun sedangkan , jika bertanding , hakikat untuk menang sama sukarnya saperti PRK yang terdahulu .

Jangan koyok lah , UBN akan menang mudah , undi pos biarpun jumlahnya 5,000 tetapi hampir 2,000 tetap lari kepada PR manakala bakinya 3,000 kepada UBN .

Jika PR melalui Pas dapat membuat tambahan undi di undi pos sekurang-kurangnya 1,000 undi , Pas boleh memang mudah .

Pengundi dikawasan luar dari undi pos , sama pemikirannya saperti pengundi dikawasan pinggir bandar lainnya dan tidak wajar untuk Pas gusar bahawa mereka tidak boleh menang .

Tinjauan PP mendapati , mood PRK Bagan Pinang sama dengan mood PRK yang lalu , undi pos mungkin kelebihan pada UBN tetapi dengan adanya calun yang di kitar semula , kemenangan masih berpehak kepada Pas .

Buat masa ini PP masih meletakan keputusan PRK Bagan Pinang dalam kedudukan 50 - 50 .

Keputusan akhirnya ialah PR 53 dan UBN 47 peratus .

PP - suka kalau calun lain tapi bukan anak beranak

No comments: