Monday, September 7, 2009

ADA HARAPAN KE BN ?

Bagan Pinang berada dalam bahagian Telok Kemang dibawah ketuanya Tan Sri Isa Samad , bekas MB , Menteri dan kemudiannya disabitkan bersalah oleh Umno dan dihukum gantung jawatan .

Pengaruh Isa Samad tidak boleh dipandang mudah , Pengerusi Perhubungan Negeri tidak wajar mengenepikan pandangan Isa samad dalam memilih calun .


Pastikan King jangan campur tangan , jika tak makin parah jadinya .

Yang pasti calun dimestikan tidak mempunyai kudis , kurap , panau yang perlu di pertahankan oleh pimpinan Umno apabila penamanan calun bermula .

Mereka mesti bersih dan kelihatan bersih , tidak mempunyai rekod jenayah , tidak beristeri dua , tiada cerita tentang perlakuan rasuah dan terpenting mesti clean dan tidak boleh di pertikaikan .

Kemudian , pemilihan mesti mengambil kira pandangan pimpinan bahagian , jika tidak budaya cah keting akan berluas-luasaan .


Pilih Isa samad pun parah juga , Isa banyak kudisnya yang terbaharu ialah bilaIsa sendiri kena gantung dek politik wang .


Tapi kerana Isa ini kecil-kecil lado api , MB kena ikut cakap Isa , tak nyanya , serangan dari dalam lagi bahaya berbanding luar , Pas tak kuat sangat tetapi suasana sekarang macam tsunami , bila sekali ia berombak , habis disapunya sepanjang laluan itu .


Peluang BN masih 59 - 50 , jangan koyok lah ngaku menang , belum lagi , banyak faktaro BN boleh kalah , antaranya faktar tempatan dan sokongan bukan Melayu .


Pengundi 30 - 70 , jika yang 70 peratus dapat separuh , maknanya akan meningkat 60 - 40 , tetapi PP fikir , kalau BN atau PR melalu Pas menang , majoritinya kira-kira 5 peratus saja .


Jika kerusi ini PR menang , mampus BN kerana ianya boleh mengambarkan suasana di PRU nanti , macam kata naib ketua Pemuda , Razali Ibrahim .


Bagan pinang ni pinggir banadar , akses internet baik , latar belakang pengundi kelas menengah dan yang memihak kepada Bn mungkin undi pos .


Itu pun kalau undi pos tu tak berapa nak berubah , pernah dalam PRU yang lalu , banyak undi pos menang tipis .


Kerusi ini , sebelum ini diberikan pada Faizal ramli tapi kerana Faizal totok Isa , Pengerusi tak ngam lalu pilih calun ini .


Mustafa , bekas setpol Isa yang kemudian pusing muka pernah jadi Yb kat sini , pengaruhnya ada lagi dan banyak cerita Isa dia tahu terutamanya cerita tanah .


Pokok nya Bagan Pinang bukan semudah makan pinang berserta sirih , sebaliknya mungkin lebih sukar berbanding Manik Urai atau Permatang Pasir .


Maklumlah , yang dua tu merebut kerusi , yang sini mempertahankan kerusi , kalah kalo , gulong tikarlah ...





PP - gulong sejadah

No comments: