JIKA Isa bertanding , menang dan kemudian dilantik semula sebagai MB atau sekurang-kurangnya menteri , kemana Mail Lasim nak bawa diri .
Semua orang tahu , dulu Mail adalah orang Isa , dia lawan Zahar salah satu faktornya kerana Isa tetapi bila Isa sudah tak jadi MB lagi , khabarnya Mail beralih arah ke Mat Hassan pula .
Sekarang kedudukan Mat Hassan memang goyah kerana dikalangan ketua bahagian , yang sokong Mat Hassan hanya dua iaitu Rasah dan Pilah , itu pun kedua-duanya macam ia macam tidak sahaja , macam lalang .
Bahagian Rembau kalau diambil kira , maknanya Mat Hassan ada tiga bahagian dibelakangnya , Isa Samad pula selain Telok Kemang , Isa ada jempol , Tampin dan khabarnya Seremban juga dah mula nak ikut Isa semula walaupun sebelum ini , lansung tak boleh bertentangan mata .
Rais jangan ambil pusing kerana Rais ini Orang Minang , bijak mengatur stategi , buktinya kalah bertanding dapat juga jadi menteri .
Ini lah peluang Isa untuk asah taring semula , orang pendik memang panjang akalnya dan jika berjaya , maknanya , Mail jadi orang yang paling serba salah .
Tak nak sokong Isa semula , masa depan boleh kelam , sokong bererti lari dari Mat Hassan dan ini mungkin kerja gila kerana bila dua kali lari , King mesti tak lepas punya .
Yang rugi , ahli Umno KP , terikut-ikut sokongan ketua , macam sokong membawa rebah .
Kalau lah telahan ini menjadi eloknya , kita kena pilih ketua baru , Brother contohnya adalah orang kuat Najib , ada can jadi MB , setakat mail , exco saja lah .
Mai ramai-ramai kita sokong Brother Asan pula jadi ketua , apamacam ?
PP - tapi sebelum tu pangkah lah dulu PR
No comments:
Post a Comment