Sunday, September 27, 2009

5000 HADIRI MAJLIS BRO ASAN

JIKA jumlah kehadiran di majlis sambutan hari raya aidil fitri peringkat perlimen KP baru-baru ini boleh dijadikan sandaran sebagai asas untuk mengukur kekuatan bro Asan , ternyata bro Asan mendapat sokongan yang kuat berbanding ketuanya sesndiri biarpun beliau beberapa kali beriya-iya nak lawan tetapi tiada keberanian .

5,000 dari berbagai kaum dan kehadiran naib presiden Datuk Shafie Afdal adalah bukti sokongan yang diterima bro Asan . PP di maklumkan Mail pun tiba semasa bro Asan dah nak habis berucap , macam ketinggalan bas saja .

Menteri yang jauh boleh datang awal dan tepat masa , tak kan ketua bahagian tak boleh kot ?

Buat lah apa pun alasannya , penduduk KP memang tahu bro Asan tak berani nak tentang Mail untuk jawatan ketua biarpun kuku bro Asan lebih tajam dari Mail dan lebih kukuh berbanding Mail sendiri .

Apa lah benar hebatnya ahli exco kerajaan negeri kalau dibandingkan dengan timbalan menteri dan digembar gemburkan sebagai orang kepercayaan DSN di Negeri Sembilan , bro Asan memang berada di aliran yang betul dan tepat untuk mengisi kedudukan ketua Umno bahagian salepas ini .

Mungkin Mail kelihatan masih gagah kerana hampir kesemua wakil rakyat DUN adalah culai beliau tetapi bagaimana kalau salepas ini DUN Johol ( wakil nya dah sakit ) , Juasseh , Pilah dan Seri Menanti terlepas ketangan pembangkang atau sekurang-kurangnya bukan lagi calun dari kelompok pilihan Mail sendiri .

PRU ke 13 nanti , KP akan mendapat calun ADUN baru di kerusi DUN Johol dan Juasseh manakala di DUN Pilah dan Seri Menanti pula , kekuatan pembangkang semakin bertambah , jadi tidak ada sebab untuk Bro Asan takut nak cabar Mail .

Setakat Yahya Pilus , Nibong , Haji Madrazi , Haji adik Amy Selebet , Zul Talang , S Leza , Yati , Azmy Selebet , apalah sangat , Atan wahab yang pernah jadi AJK bahagian boleh cilukkan mereka semua ini kerana , apa lagi kalau bro Asan gunakan Kamil , Dato Babu , MK , K Kamdias dan ramai lagi yang berkiblatkan Zahar Ujang .

Cuma bro Asan kena jauhkan diri dari Haji dari Gentam dan tidak melantik dia sebagai penasihat kerana beliau saorang ini adalah totok kepada Mail walaupun berpura-pura sukakan bro Asan .

Pemuda pulak boleh minta tolong kepada peguam yang menjadi menantu Ateh Brahim kerana ketua pemuda Bandar ini memang tak berapa ngam dengan ketuanya yang kurang menyerlah dalam memimpin pemuda .

Tentu penduduk pilah mahukan bro Asan bukan setakat menjadi timbalan menteri , kalau boleh menjadi menteri dan MB sekali dan ini lah peluangnya untuk bro Asan mengukuhkan kedudukan dan melonjak kejawatan tersebut .

Jika kita masih ingat , semasa Isa samad lambat nak dilantik sebagai MB oleh Yang DiPertuan Besar , Tun Ghafar telah beberapa kali turun ke Seri Menanti untuk memohon supaya Isa dilantik semula dan sewaktu dengan itu nama bro Asan dilaung-laungkan sebagai bakal pengganti jika Isa tidak dilantik semula .

Beberap hari sebelum perlantikan Isa diumumkan , gambar bro Asan dengan Tuanku tersiar di akhbar arus perdana dan ini sebagai mengesahkan khabar-khabar angin itu .

Mungkin kerana bro Asan bukan ketua pada ketika itu , cuma sebagai naib ketua sahaja , menyebabkan namanya agak terkebawah sadikit dari Isa , mungkin jika ketua bahagian , bro Asan mungkin MB atau bekas MB sekarang ini .

Begitu hebatnya bro Asan , tetapi setahu PP sekalipun nama Mail tidak pernah disebut-sebut bakal menjadi MB baik semasa dibawah Isa mahu pun di bawah kepimpinan MB sekarang .

Jadi apa tunggu lagi wahal ahli Umno KP , kita naikkan bro Asan salepas ini .


PP – nak kira berapa ramai di majlis Mail pula

No comments: