PP muatkan luahan hati saorang pembaca blog ini , tanpa sebarang pindaan untuk renungan bersama , sila beri komen .Gunakan adap sopan anda .
Peluang Cerah Pakatan Rakyat di DUN Pilah
Berdasarkan penceritaan semula oleh dua perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO dari cawangan berbeza ke mesyurat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan seorang Ketua Pemuda Cawangan yang tidak hadir ke mesyuarat kepada saya, seorang ahli Pemuda UMNO yang sayangkan parti, tapi kurang selesa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sebuah kedai minum dalam pekan Kuala Pilah 1 hari selepas mesyuarat ini berlangsung. Dari merdeka hingga ke hari ini, UMNO Bahagian Kuala Pilah gagal membawa pembaharuan dan kemajuan yang cepat dan pesat ke daerah Kuala Pilah sedangkan mandat dan pengaruh yang begitu besar di berikan rakyat kepada ke enam-enam wakil rakyat dari parti UMNO ini. Tujuan artikel ini di tulis dengan harapan pemimpin-pemimpin UMNO di Kuala Pilah sedar akan kelemahan dan kekurangan mereka supaya benar-benar mahu berubah. Saya yakin penulis blog KOPILAH juga berpandangan sebegini.
Hari sabtu 25 julai, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah bersidang . saya ringkaskan fakta-fakta yang menarik mengenai persidangan ini.
Tarikh persidangan di buat seperti dalam keadaan terburu-buru. Pada hari rabu 22hb barulah kebanyakan Ketua Pemuda Cawangan mengetahui mengenai mesyuarat ini.
Hasilnya, daripada 311 perwakilan, yang hadir hanyalah 214 perwakilan. Seramai 97 orang perwakilan tidak hadir. Hampir 1/3 perwakilan tidak hadir dan jika di bahagi secara purata, hampir 32 cawangan tidak hadir bermesyuarat. 2 orang AJK Pemuda UMNO Bahagian turut tidak hadir dan Ketua Pemuda UMNO Bahagaian gagal menyatakan sebab mereka tidak hadir.
Mesyuarat di peringkat Pemuda Bahagian adalah sangat penting bagi membawa suara ahli akar umbi dan merupakan forum perbincangan di antara ahli dan pemimpin parti di peringkat bahagian. Kehadiran yang sedikit ini menimbulkan tanda Tanya? Menurut 2 orang perwakilan ini, terdapat desas desus menyatakan bahawa ramai Pemimpin Pemuda Cawangan kurang bersetuju dengan corak kepimpinan Ketua Pemuda Bahagian. Teradapat Cawangan yang seolah-olah dipinggirkan kerana Ketua terlalu sibuk dan kebanyakan AJK Pemuda Bahgian tidak mampu membantu ahli2 di cawangan. Ini fakta umum. Boleh jadi rekaan oleh 2 orang perwakilan tersebut. Notis mesyuarat di keluarkan dalam tempoh yang singkat hingga perwakilan gagal merancang masa untuk hadir ke mesyuarat dengan baik.
Apa yang penting, fakta sebenar dari jumlah perwakilan yang tidak hadir ini! Adakah ianya satu bentuk tunjuk perasaan terhadap Kepimpinan Pemuda Bahagian atau satu sabotaj terhadap Ketua Pemuda UMNO Bahagian iaitu YB Tuan Hj. Adnan Abu Hasan. Menurut perwakilan itu lagi, Ketua Pemuda terlalu banyak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin terbaik dan mempertahankan dirinya dengan idea-ideanya yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam banner dan banting, gambar YB di tonjolkan seolah-olah Pemuda Bahagian miliknya seorang walhal Dato’ Seri Najib selaku Presiden Parti tidak lagi mengalakan penonjolan imej individu dalam parti atau urusan rasmi Kerajaan.
Mengikut pesanan dan saranan oleh Timbalan Presiden Parti, TS Muhyidin Yasin, beliau mahukan mesyuarat di peringkat Bahagian memberi tumpuan terhadapa agenda utama Parti pada Perhimpunan Agung Parti tahun ini bagi membincang dan meminda perlembagaan parti. Namun jelas, pada mesyuarat pemuda ini, tiada langsung di bincangkan mengenai hal-hal perlembagaan ini kecuali cadangan oleh Ketua Bahagian ketika merasmikan Mesyuarat ini. Dalam ucapan Ketua Pemuda Bahagian, beliau menyatakan bahawa Pemuda UMNO telah bersama dengan sayap yang lain dan UMNO Bahagian sendiri telah mengadakan brainstorming di antara wakil mereka, maka mereka telah menyiapkan draf cadangan bagi peringkat Bahagian tanpa bertanya atau berbincang untuk mendapatkan pandangan, pendapat mahupun idea dengan ahli atau Ketua-Ketua Pemuda Cawangan. Bagaimana suara ahli akar umbi hendak di dengari?
Menurut 2 orang perwakilan ini lagi, Ketua Pemuda dilihat lebih menjaga survival politiknya termasuk menonjolkan dirinya di Peringkat Bahagian dengan menjemput Ketua UMNO Bahagian untuk merasmikan mesyuarat, sedangkan sepatutnya inilah masa sesuai beliau sebagai Ketua Pemuda Bahagian membawa turun Pemimpin PEMUDA UMNO pusat, sama ada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Naib Ketua ataupun EXCO-EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Persoalan juga timbul adakah YB Tuan Hj Adnan tidak mempunyai pengaruh atau kekuatan untuk membawa pemimpin besar turun ke Kuala Pilah. Ketua Bahagian iaitu YB Dato’ Ismail Lasim dalam ucapanya pula gagal menaikan semangat ahli bahkan ramai yang terlena dari mendengar ucapan beliau.
Difahamkan juga, di dalam Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, terdapat beberapa puak yang berpecah berpunca dari permulaan pemilihan parti pada tahun lepas. Terdapat calon yang menyatakan dialah pilihan YB Adnan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, tetapi akhirnya kalah. Namun terdapat ahli kumpulanya yang menang dalam jawatan AJK Pemuda Bahagian. Seolah-olah mengiyakan kenyataan ini, dalam ucapan terima kasih Ketua Pemuda UMNO Bahagian, YB Adnan langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada Naib Ketua, orang nombor 2 dalam Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Adakah YB Adnan tidak selesa dengan Naib Ketua yang sama-sama datang dari DUN Pilah dan kedua-duanya Peguam! Siapa tahu mungkin suatu masa nanti Naib akan menggantikan Ketua sebagai ADUN Kawasan Pilah. Mungkin dirancang atau kebetulan. Orang yang ditonjolkan hanyalah AJK Tmbahan yang di lantik seperti Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan dan Ketua Penerangan. Penolong Bendahari hanya datang ke mesyuarat untuk mengesahkan laporan kewangan, terus cabut lari balik ke KL tanpa menunggu mesyuarat selesai terlebih dahulu. Alasannya Penolong Bendahari adalah Setiausaha Sulit Kepada Menteri Dalam Negeri. Kalau sibuk jangan pegang jawatan, bagi pada orang lain. Terdapat juga AJK Pemuda Bahagian yang langsung tidak pernah hadir ke mesyuarat Pemuda Bahagian dari tempoh selepas di pilih hinggalah ke hari mesyuarat baru-baru ini, barulah hadir. Nampaknya Ketua Pemuda UMNO Bahagian gagal menjaga anak buahnya dengan baik.
Kata 2 orang perwakilan ini, yelah, Ketuo kito YB, mano ado maso bonar nak jonguk semuo orang. Biro-biro pun ontah ke mano, AJK pun tak berduit. Dio pun dapek jawatan tu sonang bonar, tak payah bertanding main runding-runding yo, tu yang tak meraso susah dan kurang menghargai pemudo-pemudo cawangan. Di ambilnya pula individu yang menarik diri dari melawan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian ke jawatan Penolong Bendahari. Khabar angin juga menyatakan Penolong Bendahari ini akan bertanding semula sebagai orang YB Adnan untuk mengambil kerusi Ketua yang kemungkinan besar akan dikosongkan oleh YB adnan kerana faktor had umur pada pemilihan penggal hadapan. Antara AJK Pemuda Bahagian pula, ada yang betul-betul buat kerja, ada pula yang hanya nak bodek Ketua demi kepentingan tersendiri.
Bagaimana UMNO tidak bermasalah, kini terdapat satu team orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai orang YB Adnan sedang berusaha menaikkan orang-orang mereka di peringkat cawangan-cawangan khususnya menjadi Ketua Pemuda Cawangan. Ini memastikan pengaruh YB Adnan akan terus bersama walaupun beliau mengosongkan kerusi tersebut. Sama ada YB Adnan tahu mengenai perkara ini atau pun tidak, tak pasti. Team ini juga dengarnya disokong kuat oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, anak kepada AJK UMNO Bahagian Kuala Pilah(Hj. Maradzi) yang berkemungkinan besar bercita-cita menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah kelak. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah, (Along Dato Hassan) juga difahamkan dalam perlahan menyusun strategi meramaikan orang-orangnya di dalam Pemuda Cawangan untuk menguatkan pengaruhnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Yang menariknya, ketika dalam masa yang sama di kedai minum ini, terdapat Seorang Ketua Pemuda Cawangan dari kawasan dalam DUN Seri Menanti ketika di tanya menyatakan, den maleh la nak poi mesyuarat. Begitu mudah jawapan Seorang Ketua Pemuda UMNO Cawangan terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ahli kepadanya.
Bagi saya, situasi ini menunjukan kerapuhan UMNO di Kuala Pilah. Saya amat berharap agar UMNO Kuala Pilah tumbang pada PRU ke 13 ini nanti kerana inilah satu-satunya jalan untuk melihat daerah Kuala Pilah maju kehadapan seiring kawasan-kawasan lain dalam Negeri Sembilan khususnya atau kawasan lain dalam Malaysia ini amnya. Ada 1orang Timbalan Menteri dan 3 EXCO Kerajaan Negeri, tetapi cuba amati, apakah nikmat pembangunan yang daerah Kuala Pilah dapat dalam tempoh setahun lebih ini selepas PRU ke 12. Kerajaan lebih suka menghabiskan duit di kawasan-kawasan pembangkang dengan sebab untuk menarik minat dan undi tetapi menganak tirikan sendiri kawasan kubu kuat UMNO di Kuala Pilah ini. Tumbang kerajaan Negeri Sembilan kalau kerusi-kerusi di Kuala Pilah di menenangi Pakatan rakyat atau calon bebas.
Jika BENAR Pemuda Kuala Pilah menolak YB Adnan sebagai Ketua mereka, mungkinkah juga pengundi di DUN Pilah juga dalam mood yang sama?
Bagi saya, ini amaran dan peringatan kepada pemimpin UMNO suapaya benar-benar berubah melalui tindakan dan hasil, bukannya hanya bercakap. Rakyat berhak mendapat faedah walau siapa pun menjadi Ketua dan Pentadbir. Semoga tidak terlambat.Masih ada masa jika mahu berubah. Luangkan sehabis masa bersama rakyat, bukan hanya dengar cakap Pengerusi JKKK, Ketua Kampung atau Ketua Cawangan semata-mata. Jangan sombong dan ego.
Ramaikan ahli akademik, golongan professional serta individu berlatar belakang pendidikan Islam yang tinggi bersama di dalam UMNO, bukannya meramaikan kontraktor atau orang-orang tua yang hanya pandai membodek dan tidak tahu membuat kerja. Duit semata-mata tidak lagi bermakna di masa ini.
Mohon disiarkan pandangan ini ke ruangan artikel Tuan untuk kebaikan bersama.
4 comments:
Artikel yang mengarut. Satu fitnah dari orang yang tak tahu hal ehwal dalam pemuda umno KP
mungkin orang kt ateh ni KP Pemuda UMNO Pilah @ juak2 dio. Sape mkn cili dio teraso podeh.
pie senaling
benda dah berlaku korang kater mengarut???? sebab benarlah artikel ini dikeluarkan...masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin? rendah sungguh tahap pemikiran korang..pilah..pilah...
Tidak kisahlah samada artikel ini betul atau fitnah. Panjang lebar coretan ada juga kebenaran dan membina. Yalah MELAYU KAN MUDAH LUPA. Hidup UMNO untuk MELAYU. Tapi MELAYU mudah LAYU dengan pujuk rayu. Hidup pakatan untuk SEMUA BANGSA. Nak MELAYU terus memerintah atau LAIN BANGSA?. Mungkin ada yang inginkan MALAYSIA jadi seperti SINGAPURA. Tanah milik bangsa MELAYU dipindah milik ke LAIN BANGSA sewenang-wenangnya. Nauzubillahiminzalik, di sana, BANGSA MELAYU ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Golongan yang di tindas dan tidak boleh bersuara. Hidup hanya di rumah pangsa. Terbatas segala-galanya. Tak mungkin lagi BANGSA MELAYU dapat memerintah SINGAPURA. Tepuk dada tanyalah selera. Di sini pun sama, sebab dah ramai yang suka pemimpin yang tidak suka ikut pintu depan tapi suka ikut pintu belakang. Gaya hidup begini HALAL di Singapura. Penasihat-penasihat di sekeliling pemimpin yang suka ikut pintu belakang adalah LAIN BANGSA yang sedang menghitung hari untuk berkuasa memerintah MALAYSIA. Pengkhianat BANGSA MELAYU NO 1. Bukan 1 MALAYSIA agendanya. Hendak kembali berkuasa dan membalas dendam sahaja dibenaknya. Jika begitulah kehendak semua sama-samalah kita terima balasan bala malapetaka daripada yang maha ESA. Suka pintu belakang di laknat ALLAH swt. Astagfirullahalazim. Nauzubillahiminzalik. Biasalah MELAYU bila dah terhantuk nanti barulah nak tengadah. Suka sangat mengundang padah. Sikap sangat suka tunggu dan lihat akan membawa padah. Sehingga Agama Islam yang suci di politikkan pun ramai yang suka. Kuasa membuat semua orang GILA. Jika tidak, tiadalah perumpamaan GILA KUASA. Jadi fikir-fikirkan lah. Parti PAS adalah agenda kolonial British dahulu untuk memecah-belahkan orang MELAYU di zaman ini. Licik sungguh mereka. Parti Keadilan Rakyat agenda CIA bersamaan dengan penjajahan di zaman moden untuk melupus dan melucutkan hak-hak kuasa pribumi MELAYU/BUMIPUTERA. BANGSA MELAYU maha hebat terancam tetapi nak buat macam mana sebab tengah enak di buai oleh pujuk rayu dan teramat mengasihani puak-puak mereka yang kononnya teraniaya. Pemimpin Agung katanya. Sedarlah UMNO adalah segala-galanya bagi BANGSA MELAYU. UMNO tidak bersalah tetapi mereka yang lupa diri didalam UMNO yang bersalah.
Post a Comment