KHABARNYA kerajaan negeri kurang senang dengan tindakan MDKP hendak menaikan cukai pintu dengan membuat taksiran harta yang disifatkan agak tinggi dan melampau tanpa mengambil kira keadaan semasa .
PP paham benar bahawa taksiran itu akan membawa kepada kenaikan cukai pintu atau cukai harta dan yang akan menerima akibatnya pemilik premis kediaman dan perniagaan di KP .
Apa nak jadi kalau cukai pintu dari RM 100 naik kepada RM 200 atau RM 300 , itu tak termasuk jika cukai pintu tu bagi rumah kos sederhana yang sekarang bernilai RM 200 hingga RM 300 sebulan .
Biarpun ada yang cuba menyokong usaha MDKP dengan mengatakan bahawa ini menunjukan bahawa harta milikan kita meningkat nilainya , tetapi hanya orang yang tidak paham atau penyokong membabi buta sahaja yang berkata begitu .
Apa maknanya nilai harta melambung tinggi kalau harta itu hanyalah satu dan tidak pernah diniatkan untuk dicairkan ?
Kenaikan nilai taksiran tidak membawa apa-apa makna kecuali kenaikan cukai pintu kepada mereka , puas lah hati mereka yang menyokong dengan cara menggula-gulakan rakyat dengan lagu-lagu indah tetapi sebenarnya melontarkan mereka ke gaung kesusahan .
Jika rakyat diutamakan , bela lah nasib rakyat bukan rakyat diutamakan untuk di peras hasil keringat mereka dengan bebanan cukai yang melampau .
Bila pendapatan MDKP tinggi , elaun ahli majlis juga naik , mungkin itu yang terbayang di benak mereka , jika itu , hiduplah mereka dalam kesusahan rakyat .
PP harap MDKP rasional dalam soal ini dan tindakan kerajaan negeri yang menegur supaya kepentingan rakyat diambil kira dan waktu yang sesuai perlu diteliti , wajar di berikan perhatian .
Jika tidak saperti kata saorang ketua kampung , rakyat akan membuat penilaian dan tidak mustahil angin perubahan 2008 lebih hebat lagi .
Jika ini berlaku , jangankan cukai pintu , nak jadi ahli majlis pun tak dapat lagi , jadi fikir-fikir lah ...
PP - mengeluh kerana cukai taksiran melambung 300 peratus
No comments:
Post a Comment