CUKAI TAKSIRAN 2010 MELAMPAU
Pemilik premis kediaman dan perniagaan didaerah ini mengeluh besar sekarang kerana cukai taksiran atau cukai pintu yang dikenakan untuk tahun 2010 meningkat berkali-kali ganda .
Ada yang naik 100 peratus , 200 peratus malahan ada yang berkata kenaikan sampai 300 peratus .
Bayangkan lah kalau sekarang cukai dikenakan RM 1,000 setahun , meningkat kepada RM 3,000 hingga RM 5,000 setahun , tidak kah ini mencekik darah namanya .
Biarpun cukai taksiran itu mengambil kira pengubahsuaian yang telah dibuat tetapi kadarnya jangan melampau sangat sahingga pemilik menjadi seakan-kan muflis jadinya .
Premis yang dimiliki masih berhutang , kos pengubahsuaian juga masih berhutang , kereta juga masih berhutang , kos anak sekolah semakin meningkat sejak PIBG dibenarkan berbuat apa sahaja melalui mesyuarat agung yang dihadiri tidak seberapa ibu bapa , kos pengangkutan naik , minyak naik , barang makanan naik , dan cukai pintu MDKP pun nak naik juga .
Tak apalah kalau naik sikit , ini melampau betul , semua pemilik premis yang mendapat kenaikan itu perlu menghantar bantahan bertulis dengan segera , jika tidak MDKP beranggapan bahawa mereka setuju dan kadar tersebut menjadi muktamad .
Ini lah kerja ahli majlis kita , bila belanja tak cukup , kenakan rakyat untuk tampung ketidakcukupan itu , kemudian gula-gulakan rakyat kononnya mereka mengutamakan rakyat dan baik dengan rakyat .
Siapa mereka itu kalau bukan mereka yang memegang kuasa sekarang termasuk wakil rakyat yang tidak pernah nak mewakili kita semua .
Baik apa jadahnya kalau macam ini , orang KP kena ingat perbuatan mendera rakyat ini kerana mereka inilah yang akan kita jumpa pada tahun 2012 nanti .
Masa itu , sendiri mahu ingat lah ……
PP – juga terkena dan jadi mangsa dera ini .
5 comments:
Jangan jadi bangang melampau PP. Sekolah tinggi bangang dan sengaja tidak tahu demi kepentingan peribadi. Kamu juga mengahsut namanya. Kalau terlampau bangang, elok juga saya maklumkan, taksiran ini hanyalah menyatakan nilaian hartanah yang terdapat di Kuala Pilah. Ini secara tidak lansung memberikan harga yang tinggi terhadap hartanah di Kuala Pilah. Berkaitan cukai sehingga hari ini ia masih belum dinaikkan.Dan jika ada cadangan utk menaikkan cukai pihak MDKP akan mendapat pandangan penduduk dahulu.PP berhenti jadi penghasut!
Tuan Anselmo ...
Kalau bangang , jangan tunjuk bangang tu , cukai taksiran itu ialah cukai cukai harta , 11 peratus dari cukai itu dikenakan pada pemilik sebagai cukai pintu . Bangang sangat ke kira , sampai tak tahu bahawa cukai taksiran itu tidak memberi apa-apa makna kepada pemilik kecuali satu cara MDKP nak naikan cukai pintu .
Agak eh kau dah lah bangang , tak berharta pulak , pasal tu tak tahu .
Jangan pandai-pandai hina orang , kan den dah hina kau balik .
Agak nak berlagak sangat , kalau kau ada harta naikan lah taksiran tu dari 10,000 kepada 100,000 , kan mogah kau , harta kau naik tinggi , lepas tu , lihat macam mana dia orang buat pada taksiran kau .
Berlagak konon ...
Tuan-tuan semua ,
sila beri komen yang beradap , salepas ini komen sebegini akan di reject .
TK
Dalam majlis dialog dgn MDKP baru-baru ni syabas diucapkan kepada wakil PKR yang lantang dalam menyuarakan bantahan. Syabas kerana menunjukkan kebodohan anda yang tak tahu apa2 tentang cukai taksiran. Lain kali kalau nak jadi jaguh, study la dulu.
Anonymous! Kebodohan apa? Senaraikan kebodohan itu, supaya boleh kita bahaskan. Jika melulu menghamburkan ayat bodoh, mungkin sdr 10 kali bodoh dari yang dituduh. Dalam medan terbuka di MDKP tempoh hari mengapa tidak munculkan diri,dan kemukakan hujjah jika benar sdr cerdik kerana membodohkan orang? Jika tidak ada hujjah dalam hal ini jangan masuk campur, nanti mencincang angin dan menunjukkan kebodohan sdr.
Post a Comment