Monday, July 27, 2009

KPI WAKIL RAKYAT

Sekarang semua bercakap berkenaan KPI atau Key Perfomance Indicator sejak DSN mewar-warkan melalui one Malaysianya walaupun KPI ini telah menjadi teras dalam perkhidmatan awam sejak lama dulu .

Sekarang wakil rakyat , menteri , exco dan PM sendiri dah ada KPI nya , tapi siapa sebenarnya yang buat KPI mereka ?

Pemimpin atasan atau rakyat ?

Kalau rakyat , bagaimana pengukurannya .

Jika PP boleh buat ulasan pengukuran , berdasarkan pengamatan PP dan juga perbualan dengan ahli parti , bekas pemimpin , bekas wakil rakyat dan pemimpin sedia ada di cawangan dan bahagian , PP dapati rata-rata mempertikaikan perfomance tiga wakil rakyat di KP ini .

Satu ialah wakil rakyat yang baru pegang jawatan pemuda , kemudian bekas ketua pemuda dan yanag akhirnya ialah calon yang berjaya menewaskan Muhi dalam pemilihan naib ketua , penggal yang lalu .

Tokoh ini kelihatan macam tidak mencapai KPI yang rakyat mahukan kerana generasi muda semakin hari semakin meluat dengan kepimpinan yang ada , dan tokoh ini pula sering syok sendiri bila buat sesuatu .

Macam lah dia pemimpin besar yang perlu di berikan seribu satu penghormatan sedangkan menjadi wakil rakyat pun baru setahun jagung , kata orang , jangan koyok sangatlah .

Kita sayangkan pemimpin ini , kita juga sayangkan kerusi yang di pegang tetapi jika tidak mencapai KPI rakyat , bagaimana rakyat harus memberikan undi kepada mereka .

Elok lah direnungkan dan diubah cara berfikir serta cara bertindak , gulongan muda bukan segala-galanya tetapi mereka ini boleh menjadi pemangkin yang kuat semasa PRU nanti .

Jadi , sendiri mahu ingatlah kalau sedar tetapi kalau tak sedar juga , takut dah terantuk baru nak terngadah .


PP - baru parah padahnya

No comments: