Tuesday, July 21, 2009

PROJEK GAJAH PUTIH

KALAU di senarai , memang banyak projek yang dibuat tidak menepati sasarannya .

Salah satu darinya ialah projek pembinaan jejantas di tengah pekan KP .

Entah mano silap eh , jejantas tu sepi sahaja , orang ramai nak nak melintas menggunakan jejantas , sebaliknya melintas jalan raya diatas zebra crossing yang tidak boleh digunakan lagi .

Tengahari memang berlambak budak sekolah lalu kat situ , melintas jalan tapi sekor pun tak lintas guna jejantas .

Malahan PP lihat bila ada seorang dua gunakan jejantas , kena sorak pulak kerana terlalu ikut peraturan .

Yang susah pemandu kenderaan , kena berhentikan kereta atau motor sebab nak bagi budak tu jalan kerana zebra crossing , masih ada lagi walaupun dah kabur .

Kabarnya projek bina jejantas ini sahaja hampir sejuta , mula nak buat di Ulu Bendul tapi tak jadi dan terus tukar ke situ , malangnya tak dapat sambutan .

Pihak berkuasa kena pandang dan jenguk perkara ini .

Jangan bila dah ada yang mati , baru nak kuatkuasakan lintas guna jejantas .

Di K kena saman kalau tak guna jejantas , tapi kat KP , bila lagi ?


PP - tunggu pengutakuasaan .

No comments: