RAMAI ketua cawangan , perwakilan dan ada satengah AJK bahagian KP yang mempertikaikan pemilihan 1 ogos sebagai tarikh mesyuarat agung bahagian .
Parlimen kedai kopi dibawah pejabat umno , bersebelahan kedai ami selebet sibuk membicarakan isu itu sekarang , termasuk beberapa isu lain yang penting saperti calun perwakilan kali ini , kedudukan wakil rakyat yang agak goyah dan kpi wakil rakyat .
Menurut mereka , pada hari tersebut terlalu banyak aktibiti yang berlaku dan yang terpenting ialah kenduri kahwin , sambutan isyak mikraj dan banyak lagi .
Patutnya bahagian mengambil kira semua itu tetapi mereka semacam tidak mengambil kira dan membuat keputusan berdasarkan kehendak mereka sahaja .
Menurut sebahagian yang ditemui PP memaklumkan , mungkin SU bahagian yang pandai-pandai buat keputusan awal tanpa mengira kesulitan mereka yang diperingkat bawahan dan sudah ada yang berkira-kira untuk tidak menghadirkan diri ke mesyuarat itu .
Khabarnya mesyuarat kali ini akan dirasmikan oleh ketua penenerangan Umno Malaysia dan tentunya kehadiran Ahmad Maslan memerlukan kehadiran ramai bagi memberi gambaran kekekuatan Umno dibahagian KP .
Disebabkan tiada agenda utama kali ini kecuali pemilihan perwakilan , mesyuarat dijangka hambar dan beberapa perwakilan yang begitu bersungguh-sungguh berkempen untuk menjadi calun saperti nibong , ayiem , haji maradzi , ami cair dan sebagainya , kurang semangat untuk menawarkan diri .
Sama-sama kita tunggu untuk menyaksikan kemeriahan mesyuarat itu nanti .
PP - perhati dengan teropong
1 comment:
salam, pp minta siarkan alamat email
Post a Comment