Saturday, June 6, 2009

APA AHLI MAJLIS MDKP BUAT ?

TIDUR KE ?

PELIK betul , belum dapat ahli majlis Majlis Daerah Kuala Pilah , bukan main rajin menyungkur buntut wakil rakyat untuk mendapatkan jawatan itu , tetapi bila dapat , muka buat kerja pun tak nampak .

Ada sorang tu , ngaku dengan orang dia ahli majlis , tetapi semasa dikedainya di bawah bangunan Umno bahagian , tak nampak pun macam ahli majlis , tak ada pulak orang berkata dia ahli majlis , tetapi bila jumpa rakan , ngaku ahli majlis pula .

Nyanya budak sekor ni , patutlah jadi AJK tercorot , lepas ini cicir lah .

Balik pasal ahli majlis , banyak taman yang rosak jalanya ,lampu tak menyala , longkang tersumbat , semak , anjing berkeliaran , sampah tak teratur pengambilannya , tetapi tak ada pulak tindakan ahli majlis untuk mengatasi masaalah itu .

Di Taman Wira dan Taman Waja , khabarnya indek kelesamatan pengguna meningkat , banyak berlaku kejadian curi tetapi ahli majlis yang bertugas disitu , tak buat apa-apa ke macam RT , buat rondaan untuk cegah kejadian tersebut .

Makan tidur duit majlis rentikan lah , semua orang tahu , wakil rakyat pun satu , dah dapat elaun YB , ada tu jadi exco lagi , nak juga ahli majlis .

Tak kan nak harap beberapa sen duit elaun ahli majlis untuk tampung diri dan keluarga , sengkek sangat ke ?

Khabarnya dah ada JK penduduk , tapi lantik macam buat kerja di gua , lantik dalam gelap , tak tahu sapa , ada yang ngaku tapi siapa yang pilih , entahlah .

Kalau buat kerja , tak pa juga , ni melantak dengan tidur sahaja maklumlah tak ada elaun , buat apa nak jenguk belakang rumah orang , entah-entah longkang tersumbat atau pusing keliling taman periksa jalan , mana yang rosak dibaiki .

Bukan nak bergaya dengan hiluk besar , atau Honda crv lama atau perdana hitam , ek ada jawatan baru tetapi lokek nak buat kerja .

Jika macam tu MDKP kena tenguk balik kesesuaian calun tajaan mereka yang dipilih dalam gua kelam ini , mungkin di Wang Kelian kot ?


PP – mata dan telinga rakyat

3 comments:

COWENG ANAK PILAH said...

PP, coweng tak tahulah siapa nak dipersalahkan kat sini dan apalah tidak ada langsung inisiatif pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan. Apalah nak jadi mereka-mereka yang ada jawatan nih.
Baru-baru ni coweng tengoklah Dewan Orangramai di Kampung Jawa. Apo teruk sangat tu PP. Kalau iye pun nak tunggu kelulusan peruntukan, takkanlah biarkan dewan tu macam kubu tinggal aje. Ambillah langkah drastik bersihkan persekitarannya ke, betulkan mana yang patut. Kelihatannya ada orang main badminton di dalam tu, tapi tak ke bahaya? bila coweng tengok, syiling dah nak runtuh, sampah bertimbun di sudut dewan dan macam-macam lagi.
Carilah jalan penyelesaian PP...

DAP said...

Penyelosaian eh sonang yo. Org Kg Jawa poie la gotong royong berosihan. Apo ko payah bona. Org Melayu no suko salahkan org lain.

COWENG ANAK PILAH said...

Bukan maksud nak menuding jari, tapi ambil peranan siapa yang perlu bertanggungjawab di dalam hal ini. Kalau tidak ada seru, manakan sampai jasadnya. Genggam tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Nanti bila ada ketua daripada pihak pembangkang, menganjurkan gotong royong, membersihkan dewan tu, baru nak terbeliak biji mata!!!!!!!!!!
`Tak guna nak kesat peluh bila menyelam di dalam air' bila nanti langkah sudah kecundang.........