Thursday, June 11, 2009

PROJEK TERBIAR

Terima kasih kepada Coweng Anak Pilah yang telah memberikan sadikit mesej kepada PP untuk PP ulas .

Bukan setakat dewan orang ramai Kg Jawa / Gemuroh sahaja yang terbiar , tidak terjaga dan semak samun , banyak kemudahan lain yang macam tu .

Masuk dalam sikit , pergi kekampung-kampung , bagaiamana keadaan balairaya di KP .

Macam dalam belukar pun ada , terbiar , tidak dijaga , dan semuanya nak harapkan peruntukan kerajaan atau pejabat daerah yang menyelenggara .

Ketua kampung buat tak nampak aje semak yang dah mula tumbuh , longkang yang tersumbat atau pun tandas yang tidak boleh digunakan .

Bila ada perjumpaan merungut kat pejabat daerah kononnya tidak menyelenggara kemudahan saperti balairaya dengan baik sedangkan lepas saja projek siap , ketua kampung pun mula tidor , tutup mata .

Agaknya sejarah komplek sukan saperti di Jemapoh dan Batu Kikir nak berulang lagi , satu masa dulu komplek tu macam dalam hutan , bukan saja tak terjaga dan di senggara tetapi juga terbiar sepi .

Masa hendak dulu , punyalah desak sampai tak cukup siang dibuatnya tetapi bila dah dapat , terbiar pulak , nasib baik tapak tu boleh dibangunkan dengan projek perumahan .

Ini lah sikap pemimpin kecil di kampung yang tak ambil peduli kemudahan kerajaan , nak jawatan ketua kampung bukan main lagi , bodek sana , bodek sini , ampu sana ampu sini dan paling tak baik , fitnah sana fitnah sini .

Bila dah dapek , ruyup , macam AJK Umno bahagian yang dah menang , lansung tak nampak muka lagi , kalau tak tu punyalah berkobar semangat naka berkhidmat sampaiakan jam 2 pagi pun sanggup ketuk pintu rumah perwakilan uintuk minta undi .

Kata sesetengahnya , sekarang masa kaut projek maklumlah AJK bahagian ialah persatuan kontraktor , jadi macam tu lah perangainya .

Wakil rakyat dan pimpinan bahagian pun begitu juga , tak ada kurangnya , lebih adalah .


PP - kalau kemudahan banyak terbiar dan tak digunakan , baik serahkan sahaja kepimpinan sedia ada kepada kumpulan lain

2 comments:

pakcik said...

dengar lagu dikir 'APA KHABAR YANG BERHORMAT' dan 'HELLO TUAN PENGARAH'..semoga menjadi iktibar.

cucutokgedok said...

pilah ngan tampin samo yo...macam tu lah orang umno,mano-mano pun samo.bagi nasihat macam manolah tak di apek ee yo..yang ponting masyuuuk...dulu hari dio orang maso ni hari den..
posan tok najib kalau tak berubah nanti robah...tok najib punyo posan pun tak ado kosan inikan pulak kito rakyat marhaen ni....tak saba rasoe nak tunggu pru 13...