Wednesday, June 3, 2009

ANALISIS AWAL PRU KE 13 KUALA PILAH

BIARPUNPilihanraya Umum ke 13 hanya boleh diadakan salepas 36 bulan hingga 60 bulan dari PRU ke 12 , tetapi kajian demi kajian mesti dijalankan baik oleh BN mahupun PR jika mahu menang dalam PRU ke 13 nanti .

PP telah membuat kajian awal dan mendapati bahawa skurang-kurangnya satu kerusi akan terlepas ketangan PR dalam PRU itu nanti .

Biar pun hasil kaji selidek menunjukan kerusi DUN Seri Menanti berkemungkinan besar diraih oleh PR tetapi rasa hati PP , kerusi yang berkemampuan untuk dirampas ialah kerusi DUN Pilah sendiri .

PP ada kriteria tertentu dalam mempertahankan hujah tersebut cuma buat masa ini , biar PP simpan dulu .

Bagi PP pengagihan kerusi dikalangan PR mestilah seimbang , merangkumi ketiga-tiga parti utama dan paling penting calun yang dipilih harus setanding dengan calun BN khususnya Umno .

Umno menjadi parti dominan dimana kesemua 6 kerusi di Kuala Pilah milek parti itu atas nama BN biarpun saban tahun ada sahaja desakan agar salah satu kerusi diberikan kepada MCA tetapi MCA tidak pernah mendapat apa-apa kerusi disini .

Paling hebat pun , ketua MCA dilantik sebagai senator namun untuk duduk di dewan undangan negeri atau parlimen sebagai wakil rakyat masih belum merasa lagi .

Justeru itu , PP mencadangkan agar dirombak semula struktor kerusi PR dan agihan yang sesuai , sempurna dan mampu memperolihi kemenangan ialah 3:2:1 .

3 kerusi untuk Pas , dua untuk PKR dan satu untuk DAP , biarpun sebelum ini hanya Pas dan PKR yang pernah bertanding tetapi peranan DAP dalam usaha untuk menarik undi kaum bukan Melayu , perlu diambil kira semua .

Pas wajar diberikan kerusi Parlimen , kerusi Dun Johol dan kerusi Dun Pilah manakala PKR dikerusi Dun Senaling dan Seri Menanti dan Dap di kerusi Dun Juasseh .

Kenapa PP membuat cadangan berikut .

Kerusi parlimen agak sukar sadikit untuk dimenangi walaupun tidak mustahil kerana kalau diambil kira calun sedia ada , jawatan timbalan menteri agak besar untuk dikalahkan .

Tetapi sekiranya ada calun Pas yang bukan sahaja professional , ulama malahan boleh diterima pengundi bukan Melayu , harapan tetap ada apa lagi kalau disokong dari undi di peringkat Dun yang bakal dimenangi oleh calun PR .

Kerusi Dun Johol adalah kerusi tradisi Pas , Pas dah lama bertapak disitu cuma kali ini , calun mesti orang baru , berkredibiliti tinggi , jujur dan tentunya mempunyai kelayakan akedemik yang tinggi .

Pengundi bukan Melayu di pekan Johol , Air Mawang , Dangi serta sekitar Johol estet boleh membantu kearah kemenangan cuma gerak gempur mesti dimulakan dari sekarang .

Manakala kerusi Dun Pilah pernah ditandingi oleh calun PKR , cuma dalam PRU akan datang Pas mesti diberi peluang kerana pengundi bukan Melayu di pekan Pilah yang keciwa kerana tidak dapat menghantar calun mereka , diberitakan sudah berkira untuk menyokong Pas .

Bagi mereka Pas lebih sesuai kerana dasar Pas tidak menganggu gugat orang bukan Melayu malahan sokongan terbuka mereka telah terbukti dalam beberapa prk sebelum ini .

Kerusi ini ada peluang untuk menang dan PP meletakkan tanda aras 60 untuk PR dan 40 untuk BN .

PKR pula perlu menggerakan jentera yang kuat di Felda Kepis kerana jumlah pengundi disitu boleh membantu memenangan mereka di kerusi itu .

Calun BN disitu tidak sekuat mana cuma dalam PRU lalu , calun PR kurang mampu menarik sokongan dan jika sokongan pengundi di felda Kepis dan pekan Senaling , tidak mustahil , ketua bahagian Umno itu akan kecundang dalam PRU akan datang nanti .

Kemudian di Seri Menanti , majoriti pengundi adalah Melayu dan sokongan Melayu terhadap PR ialah pada kadar 43 peratus dan BN 57 peratus .

Kalau PR memperolihi 7 atau 8 peratus tambahan sokongan dari bukan Melayu , tidak kah jumlahnya menjadi 51 : 49 dan PR boleh menang .

Pembaca blog ini telah memberi kredit kepada PR melalui kaji selidek untuk dirampas oleh PR .

Walaupun Dun Juasseh adalah kubu kuat PKR dan PKR terpaksa pula beralah kepada Dap , itu lah perjuangan dan pengorbanan yang terpaksa diterima .

Kg Baru Bukit Gelugor akan menjadi medan mengumpulkan sokongan bukan Melayu manakala Jemapoh dan Tengkek untuk majoriti Melayu .
Di kerusi ini , PP meletakan kedudukan 55 PR dan 45 BN .

Terpulang kepada pembaca blog samaada nak terima analisis awal ini atau tidak tetapi itu analisis pertama PP , mungkin berubah mengikut peredaran masa tetapi yang pasti , PP akan memerhatikan dengan rasa minat .




PP – kemenangan PR nanti diharap dapat memberikan pengajaran kepada pemimpin yang bongkak dan sombong apabila sudah menang disini .

3 comments:

PR Juasseh/Jemapoh said...

Salam Persaudaraan.....

Terima Kasih atas pandangan dan culaan anilisis PP.

Penyertaan PP dlm membentuk strategi PRU13 amat2 di alu-alukan.

Waktu mungkin sudah sampai untuk PP bersama-sama PR membentuk satu gagasan jalan perubahan dalam satu Pakatan.

Kehadiran PP sentiasa dialu-alukan.

@@Gua64@@

Anonymous said...

Hidup YB Loke ( Adun Rahang).. Bakal MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN selepas PRU 13 Nanti...

Anonymous said...

Pastikan Negeri Sembilan milik DAP selepas PRU 13 nanti.