Wednesday, May 27, 2009

KERAJAAN RAKYAT ATAU PAKATAN RAKYAT ?

BUKAN setakat taman terbengkalai , ada lagi yang lebih besar iaitu jambatan runtuh di Jalan Keretapi Lama di Juasseh , masih macam tu juga .

Susah dan sakit hati mengenangkannya .

Banyak sangat ke belanja untuk memberikan kemudahan kepada rakyat , nak kata tak sokong kerajaan , sokong dan undi pulak tu semakin bertambah .

Macam mana lagi , sudah ada saorang timbalan menteri dan tiga exco , tapi semuanya macam sama saja , tak berapa boleh dijadikan harapan .

Nak minta pembangkang buat , lagi susah , pulus tak lulus macam mana nak buat , kalau macam tu kerajaan melalui wakil rakyat yang kena ambil perhatian .

Jalan tu penting , bukan kepada penduduk setempat tetapi juga kepada pengguna lain , sekarang jangan kan nak buat jalan pintas , nak cuba pintas pun dah ruyup kebawah .

Jangan bila dah jadi macam jambatan tu masa PRU nanti baru beriya-iya nak buat jambatan tu ?

Ini samalah cerita taman perpaduan di Batu 46 , yang berpadu ialah tanah dan rumahnya , makin tak nampak tetapi pembeli makin hari makin terkikis peluang mendudukinya .

Kalau macam tu , elok buat keputusan dalam hati , kita cari tokeh lain .

Kalau tak nak buat kerja , cari lah yang nak .


PP - dah lama buat keputusan saperti itu

2 comments:

anselmo said...

Belajarlah buat semakan tepat dan dari sumber yang sahih PP, berhenti menyebar berita dari sumber munafik.Nanti PP beramal dalam kemunafikan.Sesekali tengok surat khabar atau tinjau di pejabat daerah atau pejabat JKR setakat mana perkembangan jambatan ni.

PP said...

Untuk Sdr Sarazita ;

Terima kasih dari PP . At this moment I think we should stay like this , so please use this blog to communicate within us .

Terima kasih .