Monday, April 13, 2009

PANDANGAN PP DISANGGAH

BIAR apa pun dikatakan pembaca blog ini , PP tetap berpendapat bahawa tindakan KK adalah tidak kena pada tempatnya .

Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar .

PP mungkin kerdil pada pandangan KK tetapi kerana PP kenal benar dengan KK , tahu siapa kaum keluarganya dan kampung kelahirannya , jadi tak usahlah memperkecilkan PP .

PP pun belajar kat U juga tapi tak lah sampai tinggi sangat dan pernah juga duduk sebagai AJK bahagian .

Bodoh sangat ke PP untuk mengatakan bahawa KK bersikap tidak wajar , membenamkan saudara sendiri tetapi menyusui pula kera di hutan .

Hebat sangat ke Mukriz sampai KK begitu taksub dengannya sahingga macam menepuk air didulang , terpercik ke muka sendiri .

Baguslah , kalah pun masih dapat jadi Timbalan Menteri , lagi baik tak payah bertanding , mungkin jadi menteri maklumlah ada mantan yang membantunya .

Lain pulak bagi yang menang , lansung tak diiktiraf kononnya tak bersih kerana politik wang .

Mungkin KJ tidak sesempurna KK , tapi jangan koyoklah , kalau sebut sahaja Umno , memang ada yang tak kena , cuma mungkin KK atau Mukriz atau sesiapa juga , belum kena lagi , boleh lah kata bersih cun melecun .

PP akan bela KK jika KK bela rakyat negeri ini , kalau tak sorilah , baik bela KJ .

Duduk KL lah beb atau lagi baik duduk Kedah aje , jangan tinggal lagi di Terentang tu .


PP - duduk Pilah aje .

3 comments:

KK said...

Salam PP,
Saya menghormati sesiapa jg yg memberi pandangan. Samada membina atau tidak, ada nilai atau tidak itu, bermaksud atau tidak bukanlah menjd persoalan sgt.
Hak memberi pandangan adalah hak semua yg mengamal kebebasan bersuara. Asas ini harus diakui terlebih dulu. Jika ini diakui, maka tidak menjd masalah bg saya utk mengkritik dan dikritik.

Sdr PP tak perlu risau..buleh teruskan dan jgn ditahan pandangan sendiri dr terkeluar hanya disebabkan malu alah atau nak menjg hati.

Saya sendiri pun senasib dgn KJ. Tidak mendpt sokongan org sendiri atau tompek sendiri di KP, walaupun sedikit berjaya di PPUM.

Jika PP dan majoriti UMNO KP memikir spt sdr yg bersikap 'apo2 pun org kito dulu', sudah pasti saya akan diterima di KP krn saya telah buktikannya di PPUM spt jg KJ telah buktikan.

Tp utk semata2 bjuang di atas KPI 'org kito', ianya amatlah sempit dan bukan itulah maksud pjuangan parti. Fakta 'org kito' kalau nak dibanding dgn maksud pjuangan parti adalah ibarat 'kuku pd badan'

Kuku dtg dan pergi, tp badan pjuangan harus terus tegak berdiri. Jgn dicampur-adukkan antara personaliti centric dan principle centric.

Penting utk org UMNO fahami asas2 penting ini terlebih dahulu sblm berpencak digelanggang. Kita tidak mau rakyat mentertawakan UMNO hanya disebabkan oleh pmikiran songsang ahli dan pemimpinnya yg 'mengtokpekongkan' individu dgn menjadikan 'maksud pjuangan' pulak sbg buah limau utk mjlnkan aktiviti pemujaan 'tok pekong'.

Salam dan mahap an sayo..

PP said...

Sdr KK ,

Saya adalah rakan saudara sebenarnya .

Kita kerap kali berbual biarpun kita tidak rapat tetapi saya adalah mereka yang menyokong saudara bila bertanding NKU KP dulu .

Biarpun KK mungkin tidak mengenali saya melalui blog ini , tak apalah kerana saya mengenali tuan dan tuan pasti ingat saya jika saya membuka jilbab saya .

Namum buat masa ini biarlah PP memakai jilbab hitam ini dulu .

KPI PP mungkin tidak serealistik KK tetapi kerana PP teringat satu pesanan - tolong lah diri mu , keluarga mu , saudara mara mu sebelum menolong orang lain .

Apa-apa pun PP tetap pertahankan KPI itu dan sekiranya KK berdepan dengan serangan luar , PP orang pertama akan menyokong tuan .

Sebenarnya PP tak kenal sangat dengan KJ tetapi pertalian anak negeri mendekatkan PP dengannya .

PP setiap minggu membaca blog tuan , kalau terlanjur , PP mohon maaf lah .

Kalau KK berhasrat untuk membetulkan KP dan menembalikkan kepimpinan Umno KP kepada barisan KK , PP sedia menyokong .

Terima kasih .

Anonymous said...

Woi ..

Tulih sendiri dan jawab sendiri ko ni ...kan KJ dah cakap jangan syok sendiri ...tak paham2 lagi ko cakap ketuo pemudo kita yang hebat tu ...kalau macam ni baik den cakap denga si samad pengkar yo ...