Monday, April 27, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK TOK ASAN

DATO ASAN ,

PP adalah penyokong Tok Asan , sama-sama berjuang dalam politik dengan Tok Asan tetapi PP tidak seberjaya Tok Asan kerana Tok Asan bijak berpolitik .

Tok Asan adalah sebutir permata yang sudah lama bercahaya , cuma agak terlindung disebabkan Tok Asan tidak berlebih-lebih menonjolkan diri di KP .

Dua kali Tok Asan cakap nak tanding ketua , nak lawan Tok Mail tapi dua kali juga Tok Asan tak jadi bertanding .

Kami rasa jika Tok Asan bertanding , penyokong Tok Zahar pasti sokong semua dan Tok Mail dapat di turunkan sebagai ketua .

Dapat lah sikit orang Tok Zahar bernafas , jika tidak Tok Asan saja lah yang berjaya , sedangkan yang lain , nafas pun tertahan-tahan , takut didengar oleh Tok Mail dan kuncu-kuncunya macam Yaya Pilus atau Ami selebet yang dah nak ruyup tu .

Kali ini , kedudukan Tok Asan dah besar , dah hebat dan rakyat dibawah memang menanti Tok Asan buka mulut saja nak tanding ketua , kami akan bekerja untuk itu .

Tok Asan jangan susah , kami dah muak duduk di kerusi pemerhati , teringin juga nak jadi ajk dan perwakilan bahagian .

Kalau Tok Asan beregu dengan Samad sebagai Timbalan dan KK sebagai naib , berat juga Tok Mail nak kekalkan kedudukan .

Tentu perwakilan akan ambik kira juga kedudukan Tok Asan sebagai Timbalan Menteri dengan exco , tentu mereka lebih yakin dengan timbalan menteri .

Jadi Tok Asan fikirlah , kalau pun tidak untuk keseluruhan ahli Umno di KP , fikirlah untuk penyokong sendiri dan orang-orang Tok Zahar .

Harap Tok Asan terbuka dengan surat terbuka ini .

Jika tidak juga , mungkin pintu PR terbuka buat kami .


PP - salam perjuangan .

3 comments:

Anonymous said...

PP jadilah pengadu domba terbaik. Pecahkan pemimpin UMNO, sokong sana dan caci sini. Bagus, bagus PP teruskan usaha murni anda. Ini salah satu cara PKR dan orang-orang yang sekutu dgn PP musnahkan UMNO. Hidup PP. Bukan Tuk Asan yg PP suka, bukan KK yg PP minati, Bukan Samad yang PP tunggu, bukan Mail yang PP benci tapi musnahkan UMNO.Berjayalah kamu wahai PP! Aku kenal dan dah tahu siapa kamu.Tak perlu sembunyi!

Kuala Pilah New Seeds said...

assalamualaikum pp ,
saya salah sorang yang prihatin dengan keadaan politik di kp. Biar lah dato hasan bekerja untuk menteri di putrajaya. Biarkan lah dato mail menarajui UMNO bahagian Kuala Pilah. Jangan lah dilaga-lagakan ahli UMNO itu sendiri. Bagi saya, alhamdulillah keadaan politik di kuala pilah , sihat , atas dasar perbincangan dan musyawarah semua ahli-ahli umno di kp tidak mempertikaikan keputusan Dato hasan tidak bertanding di Kerusi Ketua Bahagian. Nasihat saya kepada PP , jangan dilagakan ahli UMNO itu sendiri jika mahu melihat Orang UMNO terus Maju. Biar kan dato hasan bekerja untuk rakyat malaysia am nya penduduk luar bandar. Kalau dato zahar betul-betul umno yang sejati , tolong ketua bahagian kita dan dato hasan untuk mengembalikan kegemilangan orang melayu di kuala pilah dan bukan bergaduh sama-sama sendiri ..

khas dari penulis blog kpnewseeds.blogspot.com

Anonymous said...

PP or whatever you call yourself ..

Tok Asan kau ni mana ada kote nak bertanding ketua ..dulu dengarnya ada yang nak tolak ...tapi dia tarik diri ..apo jenis pejuang Tok Asan kau ni ...semua congak nak hidup lama dalam politik ...Sudah-sudahlah nak mencongak politik ...kalau nak perubahan ...semua kena tukar ..sekarang ni semua claim baik ngan Dato Najib ..dulu baik ngan Paklah Bodowi ..berentilah main politik macam ni wahai warih2ku di Pilah ....