Monday, May 4, 2009

SOKONG TOK ASAN DI KERUSI KETUA

Ramai yang pertikaikan usaha untuk memartabat Tok Asan sebagai ketua bahagian , gantikan tempat Tok Mail di KP .

Kata mereka , usaha itu tak betul dan tak bermaruah , kononnya untuk memecahbelahkan Umno bahagian tapi masa kumpulan ini menentang Abu Zahar untuk lompat tangga , tak pulak terfikir sebagai pemecah perpaduan Umno KP .

Mula lah berlagak baik , berlagak sebagai penyayang kepada Umno sedangkan sebagaiannya lah yang merosakan kepimpinan yang ada sekarang .

Kok Tok Asan jadi ketua dan Tok Mail jadi timbalan , apa salahnya ?

Sesuailah tu sebab kredibili Tok Asan sekarang dah setakuk lebih dari Tok Mail , dan Tok Asan disebut-sebut sebagai orang kuat DSN , bakal menteri dan paling terbaru , mungkin bakal MB .

Dulu , haabis orang Abu Zahar kena kerat macam Kamil , Yusof Aiyub , Tok Babu dana ramai lagi , tak pulak bising , sekarang bila ada cadangan supaya Tok Asan gembeling usaha untuk naik pangkant , mulalah bising .
Tak kan takut kot kalau kuat ?

Beberapa kerusi nampaknya gawat di KP , kalau Samad nak kekal dan boleh pilih kerusi yang baik , ini lah masanya .

Jika tidak , dengan samad sekali mungkin ruyup , sapa tahu kerana PRU ke 13 , sekurang-kuranagnya satu kerusi berada di pembangkang .

Mungkin ya mungkin tidak , tetapi gerak kerja pembangkang telah mula mendapat sambutan hangat .

Kalau calunnya sesuai , tidak mustahil menang .

Mungkin Che Gu Bard di Pilah ?



PP - saja acah-acah

6 comments:

Anonymous said...

Jumpa lagi PP. Bagus-bagus awak nyalakan terus api perpecahan dalam UMNO. Ini kerja mulia PP, gigih lagi. Asan ke Mail ke, Samad ke, Zahar ke semua tu tak tau apa PP buat. Lepas ni PP lagakan plak Sulan dgn Ibrahim Jahaya.Adnan dengan Yati.Biar pecah terus, biar PP plak jadi ketua politikus Pilah. Bukak parti baru lah PP, parti selesema babi pun org Pilah blh terima PP. PP sungguh hebat, melangit riaknya. Hidup PP, kuatkan usaha jadi pencacai.Berjayalah kamu PP.

COWENG ANAK PILAH said...

Walau dalam keadaan apapun, kita ambil positif setiap pandangan. Tidak semestinya setiap pandangan itu adalah satu keputusan. Jadikan itu sebagai satu cabaran itu masing-masing persiapkan diri mencari kelemahan dan kelalain masing-masing selama ini yang banyak mencari kepentingan sendiri sehingga terlupa mengutamakan rakyat.
Coweng akui, sikap tidak puas hati akan berada di mana-manapun. Tetapi seperkara kita perlu ingat adalah, jadilah pemimpin terbaik yang begitu disenangi dan disayangi oleh keseluruhan rakyat. Biarlah orang mengata itu dan ini, tetapi khidmat bakti perlu diteruskan. Zaman bodek membodek sudah berlalu, semuanya hampeh belaka. Sekarang adalah zaman ketelusan, kejujuran, keikhlasan, amanah dan penuh rasa tanggungjawab demi kelangsungan generasi masa hadapan.

Anonymous said...

PP kau ni Anoi ko? Elok yo pandangan kau ni. Den pun dah polak dengan Mail ni. Apo yang dah dibuek selamo jadi KB Pilah? Takdo apo kan. Sekarang donga eh dah lari dari Mat Hasan. Tu deh apo koba Mat Hasan.


Pemerhati Pilah

Anonymous said...

Kalau nak pikirkan ..ramai pemimpin kek pilah tu yang tak bermaruah ..yang boleh pakai semua kono pancung kek Mail ..
Sekarang ni kau nak kempen Hassan Malek pulak ..osah bangang politik kau ni bai ..pasal dio montori ..kau lak pandai2 nak suruh dio jadi ketuo kek pilah ...kiro eh macam kau suruh si samad tulah jadi MB ..

Anonymous said...

PP saya harap awak tanding MP, boleh jadi menteri, tanding adun, boleh jadi MB. Tanding dua2 kerusi. Saya pasti PP menang banyak. Kelayakan, kebolehan, pengalaman dan bacaan politik PP tersohor.Bertandinglah PKR ke PAS ke, parti sendiri pun boleh. Mulai sekarang, kempen untuk diri sendiri.Tunjukkan kehebatan PP. Bravo PP.

Anonymous said...

Boleh PP tlg siasat kebenaran cerita ni, betul ke dabal K (KK) sdg menyembah seorang pakar motivasi untuk melobi bagi pihaknya, bertujuan menjadikan dabal K Setpol Menteri Ugama.Hairan dan ajaibnya kenapa bertawasul guna Pakar Motivasi ni, sedangkan idola dabal K ni kekasih DSN, walau kalah lantik juga jadi tim menteri. Cuba tanya jugak betul ke mantan ketua Kg di kawasana senaling, mantan Naib Ketua Pemuda bahagian dan lain-lain pemimpin yg bersama dabal K ni sdg membahagi bahagikan AP. AP ni datangnya dari seorang Tim Menteri (ayahnya cakap anak beliau ni bersih sebersihnya),saya cuba hubungi dabal k sejak minggu lepas untuk tanya betul atau tidak, dabal K tak jawab.