Tuesday, March 10, 2009

GUNAKAN UNDI ANDA

PP nafikan bahawa blog ini adalah blog politik .

This is not a political blog whether BN or PR .

Biar pun ramai yang beranggapan bahawa blog ini mengandungi ulasan politik , tetapi ianya bukan blog politik .

PP adalah ahli baju merah putih tetapi kalau merah putih tidak betul pada pandangan PP , PP sedia menegurnya apalagi kalau PR dan sedia menukarnya kepada merah,hijau atau biru .

Cuma sejak akhir ini PP lebih sinonim dengan aspirasi PR yang agak cocok dengan PP .

Umno dah terlalu tua , dah patut berubah menjadi muda semula , gaya pemikiran dan umat didalamnya , sudah tidak sesuai lagi .

Bongkak , sombong , berasa sentiasa betul , mahu disanjungi dan bersikap pilih kasih serta tidak berlaku adil kepada sastengah rakyat .

Itu lah perasaan PP .

Keputusan mereka dipengaruhi oleh kepentingan peribadi , jika sesuai dengan selera mereka , ia akan disokong tetapi jika tidak biarpun betul , akan ditentang habis-habisan .

Lihatlah saorang bekas menteri menyatakan tidak mahu SPRM masuk Umno untuk menysiasat kes rasuah sedangkan tidak ada pengecualian baik BN mahupun PR bagi mereka yang melakukan rasuah .

Jika begitu , jadilah hukum rimba , yang kuat membuat undang-undang untuk mengekalkan kekuatan mereka manakala yang lemah ditindas habis-habisan .

Jika itu sebenarnya hasrat mereka , wajar A Samad said mengingatkan kita supaya menggunakan kuasa undi yang ada .

Jika tiga PRK di Bukit Gantang , Batang Air dan Bukit Selambau Kedah diberikan undi kepada PR , alangkah bagusnya kerana selain menyokong membetulkan keadaan dapat pula mengajar si bodoh sombong ini .

Lagi satu , alangkah bagusnya jika PR ada satu atau dua kerusi di KP sebagai mengimbangi suara bodoh sombong sebahagian pemimpin yang berkuasa di sini .





PP - kadang kala sombong juga tapi pada diri sendiri sahaja .

No comments: