Thursday, March 5, 2009

LEPAS INI BAWAH POKOK PISANG PULA ?

KADANG kala kita terlalu mementingkan tempat untuk berbincang sesuatu .

Kalau dalam kelambu , hanya perbincangan suami isteri sahaja yang boleh dibualkan .

Kalau dalam bilek , perbincangan pegawai dan kakitangan manakala di dewan , perbincangan antara pemimpin dan rakyat .

Tapi bagaimana kalau dewan di tutup , mana lagi tempat nak bincang ?

Bawah pokok , bawah bangsal atau bawah kemah ?

Umno pun banyak kali bermesyuarat agung bawah kemah bila ada larangan mesyuarat dijalankan di rumah ketua .

Maknanya , macam sama lah tu .

Jadi keputusan yang dibincangkan dibawah-bawah saperti itu , jadi tidak sah kerana tidak diadakan di tempat yang sepatutnya .

Tapi macamana nak buat bagi patut kalau yang patut tidak boleh digunakan ?

Ini lah persoalannya .

Bagi rakyat ,apa yang perlu ialah kerajaan yang stabil , bekerja kuat untuk rakyat dan menjaga kebajikan rakyat .

Bukan membesarkan tembolok mereka atau memuaskan kemahuan dan nafsu serakah yang ada .

Kalau sibuk menyelesaikan soal siapa MB , mana ada masa nak fikirkan kebajikan rakyat .

Maka rakyat gunakan lah undi kita .

Bye-bye....


PP - ada nafsu yang mengikut fitrah aje

No comments: