KAWAN PP mengeluh , katanya susah betul jadi ordinary people atau orang biasa dinegeri ini .
Semuanya tak menjadi , mohon tanah kerajaan tak dapat walaupun dah mohon lebih 10 kali , mohon gerai MDT di tolak atau tiada jawaban , buat ubahsuai rumah sikit kena saman oleh MDT , silap parking juga kena saman dan paling akhir , mohon LPS tanah kerajaan untuk berniaga pun di tolak .
Mohon balak , lagilah , mudah aje jawaban untuk menolak permohonan tetapi dalam masa sama , berlambak balak keluar .
Yang lain senang pulak , tapi kawan PP cuma kontraktor kecil , berniaga pun kecik dan tidak terkenal , lainlah macam Asan , Mail atau Anan .
Agaknya bila dah jadi someone , baru lah permohonan itu di pertimbangkan dan boleh diluluskan , kalau tak , tak merasalah .
Yang peliknya , kerajaan kata mesra rakyat , prihatin kepada masaalah rakyat dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat .
Pejabat aduan awam ada dimana-mana tetapi aduan permohonan tak dilayan , tetap tak mendapat sambutan juga .
Tetapi bila mohon secara teratur termasuk permohon berniaga , sering kali tolak .
Agaknya kena buat kurang ajar sikit , berniaga dulu dan lepas kena saman dua tiga kali baru mohon , baru lulus agaknya .
Yang peliknya bila penduduk luar KP dan negeri ini mohon , senang aje lulus dan dapat lesen tetapi anak tempatan , bukan main payahnya .
Sedih PP dengar cerita dia , MB kena tenguk perkara ini , wakil rakyat juga kena perati jangan pandai buat janji aje , tolong lah betul-betul , mereka yang bagi undi nanti kalau tak bagi lagi , jangan marah pulak .
PP – dah muak dengar cerita macam ni , tapi apakan daya tiada kuasa kalau ada , rakan PP tu mesti kena tolong punya .
3 comments:
EDEN PUN DAH BANYAK KALI MERASO PEKARO YANG SEMACAM NIH.
KONO TONDANG SANO SINI TU DAH JADI PEKARO BIASO LAH.
YANG TODANG TU BUKAN ORANG BOSA PUN ,ORANG BAWAH YO..TAPI BELAGAK BOSA..HAMPEH BOTO..
SATU MASO TU,NAK MOHON TAPAK BERNIAGO, KITO PUNYOLAH BAWAK KERTAS CADANGAN, YANG TOBA EEE LAPAN INCI. TAPI TAK SOMPEK BERCERITO DAH KONO TOLAK.
ADO TUH, BAWAK KOTEH SOLAI YO..KELUAR YO PEJABAT DAH MELOMPEK SOBAB DAPEK APO YANG DIO MINTAK.
INI YANG EDEN PAHAM BONA, TAPI
PURO2 YO LAH BUEK TAK PAHAM.
KONO JOLOK BARULAH DAPEK, TAPI DEN TAK MACAM TUH.
SOBA YO LAH..
KOPILAH,
Tolong kontek den 0196313535
Asap....
PP.... Syabas... dlm keperhatinan saudara mengikuti politik semasa terutama Kuala Pilah, banyak yg terlalu tempang dibawah pentadbiran UMNO. Keberanian yg menyerlah kini, mungkin bakal mambawa satu perubahan landskap baru susana politik tempatan. Memang di akui, pemimpin PR KP sebelum ini agak kurang menyerlah kerana tidak tahan akan pelbagai ugutan malah sampai segala periuk nasi di tabur pasir. Cuma yg tahan akan segala ujian tuhan ini masih bertahan dan cuba membina semula kemusnahan setelah cemerlang di awal 1998. Selamat datang PP, moga kesudian PP berjuang di landasan PR ini menambahkan lagi keceriaan kami. Persiapkan diri dgn prinsip pengorbanan, keadilan dan berhemah. Sesungguhnya onak duri perjuangan PR ini adalah nikmat keberanian yg kami rasai.
Post a Comment