Sunday, February 15, 2009

SOKONG PEMBANGKANG UNTUK PEMBANGUNAN

BERDASARkan respon , PP dapati bahawa pengundi khususnya pembaca blog ini menyokong jika PP bertanding menggunakan lambang PAS , satu pandangan yang serasi dengan PP sendiri .

Bukan maksud PP untuk menonjolkan diri , jauh sekali untuk bermegah tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membuka minda kita kepada satu padangan yang unik , sokong pembangkang untuk kemajuan .

Oleh kerana BN dan Umno tidak berubah , tidak ada jalan lain lagi untuk kita meluahkan rasa hati yang terbuku kecuali melalui pilihanraya kerana cara itu tidak salah , tidak memerlukan permit dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang .

Baik kakitangan kerajaan , swasta mahupun yang bekerja sendiri , belum pernah dalam sejarah ada yang dikenakan tindakan undang-undang kerana memangkah pembangkang apa lagi kalau memangkah BN .

Jadi kenapa perlu takut dan gusar untuk meluahkan rasa hati , teruskan sahaja dan kita akan tahu melalui pilihanraya kecil dan umum bahawa BN mesti disedarkan .

Ketidaksedaran BN menyebabkan kita rasa marah , benci dan kadang kala geram melihat pemimpin BN bermaharaja lela tanpa hentinya .

Nak buktikan payah , nak saman tak berduit dan nak menang susah , jadi lebih baik gunakan kusa undi masa pilihanraya .

Kan sastrawan negara A Samad Said pinta kita buat begitu .

Kuala Pilah pun kita kena buat .

Mula dari sekarang , baik PP atau siapa pun , maju dan jangan toleh lagi .

Teruskan usaha hingga berjaya .

Insya-Allah ....



PP - terus sokong daan sokong

No comments: