Wednesday, February 11, 2009

MUSANG BERBULU AYAM

BAIK Pas , PKR atau Umno sekali pun , berhati-hati dengan sikap manusia yang suka mengubah fikiran apabila tersepit atau ketika berhajat imbuhan yang jauh lebih besar .

Manusia sebegini bukan setakat main lompat katak tapi sanggup jadi sikitol , menderhaka kepada parti yang diwakilinya .

Di KP banyak umat macam tu , ada yang pakai baju lambang keris , bulan atau mata tetapi kemudiannya kembali semula ke parti asal dengan membuat onar yang lebih-lebih .

Lihat saja Sulan Kasim , Saiful dan banyak lagi , mana halanya dulu dan sekarang bukan main lagi , lebih Umno dari Umno .

Haji di Gentam tu pun macam tu juga , Azmi Selebet lagi lah dan Muhi pulak memang salah satu tebiatnya .

Maka jadilah mereka ini sebagai musang berbulu ayam .

Dapat peluang semua disebatnya , dari ahli majlis , projek dan paling tidak pun jadi broker kepada projek kerajaan .

Tinggal hampehnya pada yang setia .

Mail Laim salah saorang .



PP - ramai lagi sekadar menyebutkan sebahagian saja .

1 comment:

Anonymous said...

PP soal lompat parti ini adalah urusan peribadi, saya harap bila PP jadi YB nanti jangan pula terlompat-lompat. Tidak ada sesiapa yg boleh menjaminkan kesetiaan kekal, apa yg dihargai adalah tidak berlakunya kecurangan. Masih didalam sesuatu parti tapi menyokong parti lain.Sikap pura-pura begini dinamakan munafik. Kerana yg terang itu jelas dan gelap pun jelas, yg samar2 itu perlu dijauhi.