Monday, February 23, 2009

BUAT KERJA PR >>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MANA GERAK KERJA PEMBANGKANG ?

KALAU nak kerusi di KP , buat lah kerja dari sekarang .

Zaman mengharapkan sokongan dengan air liur sahaja dah tamat , sekarang pengundi khususnya rakyat nak tenguk wakil mereka buat kerja .

Kerja , kerja dan kerja dan kerja itu mesti untuk menjaga kepentingan rakyat dikawasannya bukan untuk periuk nasi mereka saja .

Jika tidak jangan mimpilah untuk cuba mendapat sekurang-kurangnya satu kerusi di sini .

PP yang dah kerap turun padang kuatir kerana gerak kerja pembangkang masih lesu dan tidak kelihatan .

Adalah satu dua ceramah dari pemimpin luar tetapi mendekati rakyat dan pengundi secara turun keakar umbi belum kelihatan lagi .

Bagaimana hendak menarik mereka menyokong PR jika pemimpinnya macam Umno yang muncul ketika pemilihan , mesyuarat agung atau pun apabila ada majlis tertentu saja .

Mungkin itu tak berapa menjadi masalah kepada mereka kerana mereka punyai kekuatan , wang ringgit dan kuasa .

Tetapi PR apa ada kecuali aspirasi untuk berjuang bagi keadilan dan hak samarata tetapi jika pemimpin nya didaerah ini masih terbawa-bawa strategi lama yang muncul ketika pilihanraya saja , alamat kempunanlah .

Pas dan PKR serta Dap perlu turun , buatkan ceramah secara kecil-kecilan dan dekati pengundi serapat mungkin .

Tentukan bakal calun dan buat kerja dari sekarang , kalau PP boleh buat , tak kan mereka tak boleh .

Angan-angan dan mimpi kosong tidak lagi sesuai sekarang .



PP - tunggu tawaran untuk bekerjasama .

1 comment:

Anonymous said...

salam. boleh berhubung dengan saya, 013 3311803 sarazita bin razali ketua angkatan muda kuala pilah. kami mengalu ngalukan kerjasama saudara.